FAKTOR NILAI DALAM
KEBANGKITAN BANGSA
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
KATA-KATA ALUAN
Yang Berhormat Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri
Pendidikan
Yang Berbahagia Dato' Dr. Hasan Mat, Setiausaha
Agong Majlis Perundingan Melayu
Tan Sri, Dato' Seri, Dato', Datin dan para hadirin
yang saya hormati sekalian.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan
yang diberi untuk saya meluahkan pandangan dan pendapat saya mengenai keadaan
bangsa Melayu masakini.
SOALAN POKOK
Soalan pokok yang menjadi bahan fikiran yang menghairankaan saya
pada setiap masa ialah:
Kenapakah di dalam sebuah Negara yang semua ke 9 Rajanya
berbangsa Melayu;
Perdana Menteri dan Timbalannya, Melayu;
banyak Menteri terdiri dari bangsa Melayu;
semua Menteri Besar dan Tiga Ketua Menteri juga Melayu;
Pegawai Tinggi kerajaan dan Ketua-Ketua jabatan ramai Melayu;
Banyak pemimpin dan tenaga pelajar di
universiti-universiti kerajaan terdiri dari bangsa Melayu;
Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung kebanyakannya Melayu;
Ketua dan Pegawai Angkatan Bersenjata, Polis dan Tentera, dikuasai
oleh Melayu.
TETAPI KITA LIHAT MELAYU TERUS GELISAH.
Apakah sebabnya?
SEKITAR PERSOALAN PENDIDIKAN DAN
EKONOMI
Sejak Merdeka sehingga sekarang kita
mempercayai dan kita yakin bahawa kemunduran kita di dalam
bidang pendidikan adalah sebab utama kemunduran kita yang perlu
diselesaikan. Demi
meningkatkan martabat, dan
memulihkan maruah bangsa.
Kononnya, selesai sahaja
kekurangan kita dalam bidang pendidikan maka selesailah masalah Melayu.
Saya mula menyedari hakikat ini apabila saya menjadi
ahli UMNO yang aktif di Seremban, dalam UMNO Bahagian Seremban Timur, mulai 13
Oktober, 1963, iaitu 50 tahun 4 bulan yang lalu.
CABARAN AWAL PENDIDIKAN MELAYU
Mengenai pendidikan.
Pada mulanya, anak-anak Melayu tidak dapat ke university
tempatan kerana MERITnya terlalu rendah. Pimpinan universiti tidak
pernah memberi pertimbangan kepada taraf hidup yang rendah di luar bandar dan
kemudahan yang sangat sederhana, termasuk 'tuition' yang hampir tidak ada.
Kuasa politiklah yang telah memutuskan supaya
pihak universiti dipaksa mengambil pelajar Melayu dalam batasan 'KUOTA' yang
ditentukan.
Setelah itu kita menghadapi masalah baru.
Kecuali seorang, semua pengerusi
Jawatankuasa Biasiswa di peringkat negeri yang terdiri dari Pegawai Pelajaran
Negeri terdiri dari bukan Melayu.
Mereka juga berpegang pada MERIT untuk
mendapatkan biasiswa. Mereka menghalang anak-anak Melayu dari mendapat
biasiswa walaupun sudah ada kuota di satu-satunya universiti tempatan.
Atas desakan Pergerakan Pemuda UMNO di waktu
itu keputusan politik jualah yang telah memindahkan jawatan Pengerusi
Biasiswa Negeri dari Pegawai Pelajaran Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri
yang semuanya terdiri dari bangsa Melayu.
Hasilnya?
Bertambahlah pelajar-pelajar Melayu, kerana biasiswa
dan kuota, mendapat tempat di universiti tempatan sementara yang
tiada tempat di dalam negeri telah sedikit dihantar ke luar negara.
Kita dapati pada waktu itu kebanyakan
anak-anak Melayu, yang dipilih kerana pintarnya, yang belajar dalam bidang ilmu
yang diajar oleh bukan Melayu, telah menemui kegagalan.
Yang belajar ugama, bahasa dan sastera
Melayu, atau yang belajar di bawah pensyarah Melayu sahaja yang ramai
berjaya.
Kita dapati juga, pelajar-pelajar yang
pergi ke luar negera, walaupun yang dianggap kurang pintar, telah mencapai
kejayaan.
Apakah hebat sekali universiti kita sehingga
pelajar Melayu yang pintar semuanya gagal dan yang kurang pintar mendapat
kelulusan cemerlang di luar negera?
Maka keputusan politik pulalah yang
telah menghantar lebih ramai anak-anak Melayu ke universiti di luar negera yang
nampaknya boleh meluluskan pelajar kita yang kurang pintar untuk mengelak dari
yang pintar terus terkorban di satu-satunya universiti tempatan.
Itulah cabaran kita di masa lalu.
Kini cabaran sedemikian tiada
lagi. Bercambah-cambah anak-anak Melayu yang berkelulusan universiti
tempatan dan luar negera sehingga kita tidak perlu berseminar lagi untuk
mendesak kerajaan.
Benar, kerajaan telah memperuntukkan banyak
biasiswa untuk pelajar Melayu; jika dibandingkan dengan yang diperuntukkan
kepada bukan Melayu;
Tetapi.
Lantaran, tabung biasiswa swasta
- jauh lebih besar, dan tempat untuk bukan Melayu banyak di
universiti Singapura, Taiwan dan India, sementara Melayu pula tidak
dapat tempat di sana, dan tidak dapat biasiswa swasta, Melayu tetap
ketinggalam jika dibuat perbandingan.
Keputusan politik sebelum pemimpin masakini, dalam persaingan untuk
menawan hati pengundi China telah mengorbankan usaha merapatkan
jurang pencapaian antara kaum ini apabila peruntukan biasiswa
kerajaan hampir disamaratakan antara Bumiputera dan selainnya, sementara
biasiswa swasta tetap kemarau untuk Melayu.
Kita berasa sedih kerana angka/jumlah Melayu
yang berpendidikan tidak seimbang dengan bukan Melayu yang
berpendidikan.
TETAPI.
Nampakkah kita bahawa kedurjanaan
yang dilakukan oleh yang berpendidikan termasuk:
1. Rasuah yang lebih sofistikated dan
tidak lagi seperti Melayu bodoh yang pandai hanya mencuri ayam;
2. Penyelewengan yang sukar
dikesan kerana yang menyeleweng itu terpelajar;
3. Salah guna kuasa merata-rata
kerana yang bodoh tidak berkuasa;
4. Penipuan secara yang lebih
canggih kerana ilmu melimpah ruah; dan
5. LGBT, Liberalisma dan
Pluralisma menjadi-jadi di bawah pimpinan orang yang cukup pintar.
KITA BERPOLITIK SEPERTI ORANG BERNIAGA,
DAN KITA BERNIAGA SEPERTI ORANG BERPOLITIK.
Oleh itu, pada malam ini, kita perlu
fikirkan semula apakah dengan bertambahnya jumlah profesyenal Melayu dan
Melayu yang berpendidikan maka bertambah beruntungkah bangsa Melayu di bumi
bertuah ini?
CABARAN AWAL EKONOMI MELAYU
Mengenai ekonomi.
Di Bangsar, Kuala
Lumpur terdapat satu jalan bernama Jalan Maarof. Tak ramai orang
muda yang mengetahui kenapa jalan ini diberi nama Jalan Maarof. Bagi yang tahu
nama Maarof inilah yang patut menjadi kenangan mengenai cabaran awalyang dihadapi oleh
pendukung ekonomi Melayu di masa lalu.
Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank
Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik
Maarof Zakaria.
Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya terbuka kepada
orang-orang Melayu.
Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.
Pada waktu itu hanya ada dua buah bank;
iaitu bank milik British bernama The Chartered Bank dan bank milik China
bernama Overseas Chinese Banking Corporation.
Di kedua buah bank ini Melayu tidak
dibenar meminjam wang.
Melayu hanya boleh meminjam wang dari
ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi.
Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.
Selepas 6 bulan beroperasi dengan
jayanya Encik Maarof Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden. Jam rolex
di tangannya dan wang dalam sakunya telah tidak diambil oleh pembunuh
itu. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu
yang didirikan oleh Encik Maarof itu.
Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan
27 ekar Tanah serta tiupan roh semangat perjuangan bangsa Melayu di bidang
ekonomi.
Yang membunuh Encik Maarof nampaknya
bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi.
Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah
maka dalam Kongres Ekonomi
Bumiputera Pertama dalam tahun 1965 cadangan menubuhkan Bank
Bumiputra telah diketengahkan.
Saya turut hadir dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama ini sebagai
Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan.
Bank Bumiputra kini sudah tiada lagi.
Sejak Merdeka bangsa Melayu telah
mengadakan beberapa Kongres Ekonomi seperti berikut:
1. Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama -
1965
2. Kongres Ekonomi Islam Pertama - 1968
3. Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua -
1968
4. Kongres Ekonomi Islam Kedua - 1972
5. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga
Yang Pertama - 1980
6. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga
Yang Kedua - 1992
7. Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat -
1999
8. Kongres Ekonomi Islam Ketiga - 2009
9. Kongres Ekonomi Melayu - 2012
Sepanjang 8 Kongres Ekonomi
Bumiputera dan Islam yang telah diadakan seramai sekitar 4,000
orang peserta telah mengambil bahagian yang aktif dan 290 usul telah
diluluskan.
Hampir semua usul mencadangkan supaya
kerajaan melaksanakan atau menubuhkan itu dan ini.
Tidak ada langsung cadangan untuk kita sendiri bertindak.
KITA MINTA, KITA SURUH, KITA DESAK DAN KITA ARAH SUPAYA KERAJAAAN
MEMBUAT SESUATU.
KITA TIDAK BUAT.
Setelah begitu lama kita
tidak buat cadangan yang membuka peluang untuk kita bertindak atas
inisiatif sendiri tiba-tiba laksana musim kemarau didatangi hujan Yang
Berhormat Menteri Pendidikan mencadangkan tabung alumni UiTM yang wajib
didukung oleh sekitar 500,000 graduan UiTM dengan sumbangan RM2,000.00 seorang
dan mensasarkan jumlah kutipan RM1billion.
Syabas Yang Berhormat Dato' Seri Idris
Jusoh.
Kongres Ekonomi ke 9 bernama 'Kongres Ekonomi Melayu' telah
membawa tema 'Merdeka Ekonomi
Kita' yang bererti bukan mendesak kerajaan tetapi mendesak diri
kita untuk berbuat sesuatu untuk memerdekakan diri dari bergantung kepada
kerajaan.
Apakah kita sudah siap untuk berdikari dalam bidang ekonomi?
Setelah 56 tahun 5 bulan dan
12 hari kita Merdeka.
Setelah 9 Kongres Ekonomi.
Setelah rada atusan ribu graduan
dari universiti dan institut profesyenal dalam dan luar Negara?
Tidak adakah yang berani mengiakan
pertanyaan ini?
YANG MEMPENGARUHI KITA
Apakah yang telah mempengaruhi kita selama ini?
Yang jelas ialah:
William Shawcross di dalam
bukunya 'The Sideshow' telah
mendakwa bahawa kekalahan Amerika Syarikat di bidang ekonomi di dunia tidak
perlu menjadi kebimbangan besar kerana kekalahan itu diimbangi dengan
kejayaannya melakukan penjajahan budaya di serata dunia, seperti
mempopularkan lagu-lagu pop dan
wujudnya rangkaian restoran seperti McDonald dan Kentucky
Fried Chicken yang merobah cara makan masyarakat dunia.
Begitu penting penjajahan budaya sebegini bagi Amerika Syarikat sehingga
di satu masa dulu pinjaman Bank Dunia kepada Negara China telah dilambatkan
- sehingga China membenarkan Michael
Jackson membuat persembahan di China dan
- cawangan restoran McDonald mendapat izin
untuk beroperasi di Beijing.
Berertilah ada usaha untuk mencemarkan budaya kita dengan cara yang tidak
menguntungkan kita.
Apakah yang telah kita pelajari dari
pengalaman dalam mendidik anak bangsa dan memajukan ekonomi bangsa?
Tun Dr. Mahathir telah
dipetik di dalam buku Parag Khanna berjudul 'How To Run The World', terbitan
2011 sebagai berkata:
'Two millennia of experience and mountains of knowledge have not made us much
more capable of managing our affairs than stone-age people.'
Jika Umat manusia gagal mempelajari
sesuatu setelah 2 ribu tahun, kita tidak boleh mengharapkan
Melayu berkemampuan mempelajarinya setelah Merdeka hanya lebih 56 tahun.
Apa yang kita tahu ialah sementara kita
menggunakan kuasa politik untuk meningkatkan pencapaian kita dalam bidang
pendidikan dan ekonomi kini kuasa itu sudah terancam.
APA ERTINYA KEHILANGAN MAJORITI 2/3
DALAM PARLIMEN
UMNO dan BARISAN NASIONAL yang dulunya PERIKATAN
tidak pernah mengalami kegagalan mendapat majoriti 2/3 dalam Parlimen. Peratus
ini adalah penting demi kesetabilan politik Negara kerana dengan majoriti yang
nipis keadaan politik tidak stabil.
Wang boleh mempengaruhi wakil rakyat.
Tidak perlu Wakil Rakyat yang ramai untuk berpindah parti untuk menumbangkan
kerajaan.
Wakil Rakyat yang sedikit menjadi penting.
Mereka boleh dijual-beli untuk mengancam kerajaan.
Dalam PRU ke 2008, kerana rasuah
dan napotisma, pemimpin kerajaan di waktu itu, Barisan Nasional
telah kehilangan majoriti keramat 2/3 yang dipegang sejak Merdeka.
Apakah ertinya kekalahan ini?
Apa ertinya mendapat kurang dari 2/3
majoriti ini?
Besar ertinya.
Jika ianya menjadi permulaan kepada
kekalahan atau kegagalan yang berterusan.
Kekalahan atau kegagalan begini boleh membawa akibat seperti yang
berlaku kepada Empayar Osmaniah pada tahun 1919.
Kerajaan Osmaniah dulunya tidak pernah kalah dan kerana itu difikirkan tidak
akan kalah untuk selama-lamanya.
Setelah kekalahan Empayar Osmaniah dalam The Battle of Lepanto pada 7 Oktober,1571, pihak
Kristian menjadi bersemangat dan berupaya berjuang sepanjang 348 tahun. Itulah
akibat kekalahan pertama seperti gagalnya Barisan Nasional mendapat majoriti
2/3 dalam PRU 12 dan 13 berikutnya.
Empayar Osmaniah pada awalnya tidak
pernah kalah, dan difikirkan tidak
mungkin dikalahkan(seperti BN dulunya tidak mungkin digagalkan dari
mendapat majoriti 2/3).
Kekalahan Empayar Osmaniah pertama berlaku dalam The Battle of
Lepanto pada tahun 1571.
Kegagalan Kerajaan Barisan Nasional
pertama dari mendapat majority 2/3 berlaku dalam PRU ke 12 pada
tahun 2008.
Kegagalan Kerajaan Barisan Nasional kedua untuk mendapat majoriti 2/3 berlaku
hanya 5 tahun kemudian.
Kekalahan, dan keruntuhan atau kehancuran Kerajaan Osmaniah
kedua, dan terakhir, berlaku
dalam tahun 1919 iaitu 348 tahun
kemudian.
Gambarkanlah masa depan kita jika kita tidak membawa cara baru yang inovatif, transformasi yang berkesan dan menerajui satu 'Renaissance' ala kita, setelah kita menemui sebabnya berlaku begini.
Setelah kita menyedari di mana
salahnya kita. Setelah kita mengenal diri.
Sebabnya… Di perut kapal-kapal
milik raja yang dikalahkan oleh pihak Kristian terdapat ketulan-ketulan
emas yang begitu banyak, yang dikumpulkan dan dibawa oleh raja ke
mana-mana dia belayar kerana takut kehilangan.
Bagitu tamaknya Raja dan
pemerintah Osmaniah.
Kerana tamak, lupa diri, dan salah perhitungan, pemimpin Osmaniah di semua peringkat, maka tenggelamlah
mereka di dalam sejarah dunia.
Beginilah yang tertulis dalam buku
sejarah
"Before that battle the Turkish Warriors of the Ottoman Empire were
thought to be invincible, strong and powerful, and they could not be
defeated.
The morale of the Christians were very low then until their victory at the
Battle of Lepanto."
"The Christianss have never forgotten this date 7th October, 1571, as the
date when their fate was reversed when they saw 240 ships of the Ottoman Empire sunk and 30,000 Muslims were dead or wounded as
against only 12 ships of The
Christian Holy League being sunk and only 9,000 dead or wounded."
That is why in Christian churches, the
bells toll on the 7th of October every year.
LOCENG KEKALAHAN
Loceng inilah yang kini berdengong, menggegarkan,
sehingga kita tidak tahan mendengarnya sejak menara perpaduan Melayu tersungkur
rebah dalam PRU ke 12, dan lima tahun kemudian, dalam PRU ke 13.
Musuh Melayu mengetahui bahawa, dengan
memperalatkan tokoh-tokoh Melayu, yang lupa diri, yang bergelumang dalam
maksiat, di alam dosa, dengan cita-cita dan nafsu di luar
kawalan, Melayu boleh dikalahkan seperti robohnya Empayar Osmaniah.
HAPARAN KITA
Tiba-tiba saya terdengar seruan Tun Dr.
Mahathir memanggil kita untuk 'Pandang ke Timur'.
Ke Jepun, Korea Selatan dan
Taiwan.
Sudah tentu tercetusnya ide ini di
dalam hati Tun Dr. Mahathir disebabkan,
pengalamannya,
pembacaannya
dan hasil renungannya yang cukup lama,
sementara meniti landasan menuju ke
puncak kepimpinan Negara.
UNDEFENDED DOCTORAL THESIS
Kebetulan 'my undefended doctoral
thesis' di Hamburg, Jerman Barat, di bawah penyeliaan Prof. Karl
Schiller, Menteri Ekonomi dan Kewangan di zaman Helmut Schmidt, juga
bertajuk 'Japan's Economic Growth and the Future of South Korea and Taiwan'.
Pada waktu dasar Pandang ke Timur dicetuskan oleh
Tun Dr. Mahathir dunia ini bolehlah dibahagikan kepada 5 kumpulan.
FIVE ECONOMIC ZONES
1. The English speaking
democracies - iaitu kumpulan Negara-Negara yang pernah dijajah oleh
British yang sumber ilmunya dari buku-buku yang tertulis di dalam bahasa
Inggeris.
2. The Communist world -
Negara-Negara komunis seperti Korea Utara, Russia, China, Jerman Timur dan
Poland yang kesamaan ide ekonominya kerana fahaman komunis walaupun diajar di
dalam bahasa-bahasa yang berbeza.
3. The Muslim world of the Middle
East or West Asia - terdiri dari Negara-Negara Islam yang kaya dan
menggunakan kekayaan mereka untuk membeli senjata yang digunakan untuk
berperang sesama sendiri.
4. The Catholic world of
Latin America - yang Negara-negaranya kaya dengan hasil bumi yang
belum dieksploitasikan, tetapi pemimpin-pemimpinnya boros dengan himpunan
kekayaan untuk pribadi sehingga merugikan Negara.
Kesemua 4 kumpulan negara-negara ini
menghadapi masalah ekonomi kerana patuh kepada ide, ilmu, fahaman
dan nafsu masing-masing.
Semua menghadapi masalah defisit.
Tetapi, kumpulan ke -
5. The non-English speaking democracies - seperti Jerman, Peranchis, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan, pada
waktu itu, sedang maju dengan kedudukan 'surplus' dan kedudukan ekonomi yang
membanggakan.
Oleh kerana kita orang timur, kita
lupakanlah Jerman dan Peranchis.
Jepun, Korea Selatan dan Taiwan ialah
bangsa di timur seperti kita.
Apakah yang membezakan antara mereka
dengan kita?
Saya selalu diingatkan oleh Prof. Schiller supaya dalam usaha
menyelesaikan sesuatu masalah kita
hendaklah jangan mencari penyelesaian di tempat yang salah.
Haben
Sie etwas verloren?
Apakah kamu kehilangan sesuatu?
Ja
Ya
Was
haben Sie verloren?
Apakah yang telah hilang?
Ein
Kugelschreiber.
Pena
Haben
Sie hier verloren?
Apakah hilangnya di sini?
Nein,
ein weiter da.
Tidak sedikit jauh di sana.
Warum
haben Sie hier suchen dann?
Kenapa kamu cari di sini?
Es
gibt Licht hier.
Kerana di sini ada cahaya (dari lampu di tepi jalan)
Berertilah dia cari bukan di tempat
yang hilang.
Seperti Melayu, dia cari di tempat yang
ada cahaya. Sampai kiamat pun
tak akan dijumpai yang hilang itu.
DI MANA KITA?
Sebelum kita dapat memahami di mana kita dan ke mana kita akan tuju elok
juga kita pelajari apa yang dirumuskan oleh sejarawan Alexander Fraser Tytler pada
tahun 1776 mengenai perangai manusia dalam meniti tamaddun sejarahnya.
Alexander berkata:
Man moves....
1. From bondage (and poverty) to spiritual faith - Dari
perhambaan (dan kemiskinan) timbul semangat keagamaan;
2. From spiritual faith to great
courage - Kerana semangat agama timbul keberanian;
3. From great courage to liberty -
Dari keberanian datanglah perjuangan menuju kebebasan
4. From liberty to
prosperity (abundance) - Dari kebebasan datang kemewahan
5. From prosperity (abundance) to greed - Dari kemewahan
datang sifat tamak;
6. From greed (selfishness) to frustration - Dari tamak
datang kekecewaan;
7. From frustration to complacency -
Dari kekecewaan datang kepuasan;
8. From complacency to apathy -
Dari kepuasan datanglah sifat tidak peduli;
9. From apathy to dependency -
Dari sifat tidak peduli datanglah sikap bergantung kepada orang lain;
10. From dependency back to
bondage again - Dari bergantung kepada orang lain kembalilah kita
dijajah.
Di peringkat manakah kita sekarang ini?
Kita berkecamuk di berbagai peringkat.
Dalam masa lebih 56 tahun kita merdeka jurang perbezaan antara kita dapat
kita fahami dengan meneliti di mana kita dalam strata perkembangan
sejarah negara.
JAPAN
Let us look at the Japanese.
When one talks about Japanese economic success one cannot avoid equating the
successes of Japan from the successes of such Japanese companies as
Mitsubishi, Mitsui, Marubeni, Sumitomo
and Dai-Ichi Kangyo which is currently absolved by C. Itoh.
These five companies were identified by the Financial Time of London as the
five largest companies in the world, in that order, on 31st December, 1991.
It was the most embarrassing discovery to the corporate world of UK and the
USA. Especially, when the Japanese lost in WW II to the Allied Forces led
by the UK and the USA, but in 1991 the 5 Japanese companies defeated
the companies of the UK and the USA.
They appeared to have lost the war but won the
peace.
This embarrassment necessitated the consolidation and amalgamation of
the UK and USA companies which took place since 1991 till the present
day.
What is the underlying background to
the successes of these 5 Japanese companies?
Was it the Japanese knowledge of
science and technology?
I don't think so, as more books are available in science and technology in
the English language, which is the language of the UK and the USA, than
in the Japanese language.
Was it the Japanese management
know-how?
I don't think so as even Japanese, such as Kenichi Ohmae, is
recommending American management method for Japanese Companies.
If you think that the Quality Control Circle is the catalyst for
Japanese corporate success, you have to realize that all those thousands
of Japanes companies which failed also practiced QCC.
We did not excel even with QCC.
The 5 companies, Mitsubishi,
Mitsui, Marubeni, Sumitomo and Dai-Ichi Kangyo, were all incorporated in 1873, that
is 5 years after the Meiji Restoration of 1868.
With the Meiji Restoration, the Japanese Army was modernized using modern
weapons and the traditional Japanese warriors, the Samurais, were sidelined to civilian life.
The Samurai were not happy being sidelined from politics and the army and they
decided to serve their country in the global business arena.
The so called Ronins, who are the Samurais without the Shogun, were not armed
with knowledge in management, neither did they have scientific and
technological know-how; but they had the Bushido spirit of the Samurais.
THE BUSHIDO SPIRIT
This Bushido spirit comprises of 5 values which the Samurais upheld
obsessively, rain or shine.
These values are:
- Trustworthiness - Amanah
- Courage - Berani
- Discipline -
Disiplin
- Diligence - Rajin, and
- Loyalty - Setia
With these core values accompanying their leadership and management
efforts, they acquired knowledge, they mobilized their educated and
their professionals, they managed well and they succeeded.
KOREA SELATAN
Pada 17 Disember, 1963
Presiden Park Chung Hee dari Korea Selatan, setelah menang pilihanraya
dalam bulan Oktober, 1963, telah mengunjungi Bilik Gerakan Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur.
Waktu itu Tun Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Sebelum taklimat diberi mengenai pembangunan
luar Bandar Malaysia.
Presiden
Park telah ternampak sepotong ayat dari Al Quran yang tertulis pada
mukaddimah papan taklimat kementerian.
Apabila Presiden Park mengetahui maksudnya ayat itu ialah 'Allah tidak merubah nasib sesuatu
kaum kecuali kaum itu merubahnya sendiri'
Beliau menyebut 'nampaknya agama Islam menghendaki umatnya berdikari atau 'self-help'.
Dalam taklimatnya di waktu hendak melancarkan program 'Saemul
Undung' di negaranya, sebagai permulaan kepada inisiatif pembangunan
Korea Selatan, Presiden Park telah memulakan ucapannya dengan
berkata 'The religion of Muhammad has commanded that God shall not change
the fate of man until they change themselves.'
Bermula dengan program inilah Korea Selatan yang dulunya lebih mundur dari
Malaysia sebelum Park Chung Hee ke sini, kini menjadi lebih
maju kerana mengamalkan sepotong ayat dari Al Quran, malah, mereka
kini, menjadi saingan kepada Jepun.
Betapa hebatkah kita membangun
Negara kita dengan inspirasi mana satu ayat dari 6,666 ayat di dalam
Al Quran? Kenapa kafir boleh belajar dari Al Quran sedangkan kita tidak ke
mana?
Saya pernah menulis:
President
Park knew and understood only one sentence of the Quran, but managed to
plan and execute a program for the benefit of his people, whereas we
read the whole Quran many times but never knew how to make a successful
effort out of its teachings and wisdom.
President Park did better because, after being inspired by that one
sentence of the Quran, he motivated his people based on his study of
history, particularly the history of the 'Shilla Dynasty' and the 'Seven
Years War' with the Japanese between 1592 to 1598, when the
Japanese, under the leadership of Toyotomi Hideyoshi were twice
defeated by the Korean Admiral Yi Sun-chin with his 'Turtle Armada.'
The motivating element that led to victory during the 'Shilla Dynasty' and
the 'Seven Years War' was the Hwarang-do, or 'The Way of Hwarang.'
In 576 AD 'The Way of Hwarang' was perfected by
the Buddhist monk who introduced the 'Five Injunctions for Mundane Life.'
The
contents of these 5 injunctions are basically similar to the Bushido spirit of
the Samurais.
Its 'trustworthiness',
'courage', 'discipline', 'diligence' and 'loyalty.'
Just as the Bushido spirit, originally used in fighting, was used by
the five Japanese companies to succeed in their business and economic
activities, the Hwaraang spirit which gave unity and victory to
the Koreans during the Shilla Dynasty and The Seven Years War led
by Admiral Yu Sun-chin, was used by President Park Chung Hee to drive the
economic growth of South Korea.
Park Chung Hee instilled the Hwarang spirit in the management personnel of
his government and the leaders of the South Korean industries.
TAIWAN
While North Korea and China were, in earlier years, lulled into
economic mediocrity by the Western Jewish thinker Karl Marx, Taiwan's
economy was growing because of the Jinsheng spirit which is similar
to the Bushido and the Hwarang spirit of Japan and South Korea.
Taiwan's management was also driven by the same core values which has
become part of their second nature.
Bila saya bertanya Naib Presiden Taiwan Vincent Siow, semasa beliau masih
menjadi Menteri Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, sebelum naik
menjadi Perdana Menteri Taiwan, atas sebabnya Taiwan maju tetapi China
mundur, di waktu itu.
Beliau menjawab,
Taiwan
itu rakyatnya China tetapi Negara China itu rakyatnya bukan China tetapi
kominis.
Saya kenal Vincent Siow sejak beliau menjadi pelanggan The Chartered Bank di
waktu beliau mengetuai perwakilan Taiwan di Malaysia atas nama syarikat
milik negaranya.
Saya di waktu itu bekerja sebagai eksekutif di bank Chartered. Bila Vincent
mendengar kecurigaan saya atas sikap Jinsheng yang dikatakannya ada pada
orang Taiwan sedangkan saya tahu ramai taukeh besar China kaya
kerana
- judi,
- terlibat dalam perniagaan dadah,
- aktif dalam kegiatan kongsi gelap, dan
- mengurus rangkaian outlet pelacuran
lantas Vincent berkata -
'Di dalam sesebuah Negara tidak mungkin semua rakyatnya bersikap Jinsheng, iaitu
- amanah,
- berani,
- disiplin,
- rajin dan
- setia.
Yang perlu ialah cukup ramai pemimpin di berbagai peringkat menghayati
nilai murni itu.'
Taiwan, katanya, perlu hanya sekitar 20,000 pemimpin
dan ketua di berbagai bidang dan tahap yang mengamal prinsip berkenaan.
Kata Vincent Siow, bagi Malaysia
mungkin perlu seramai itu juga.
RUMUSAN
Oleh itu, kita tidak perlu ada terlalu ramai cerdik pandai, dengan ijazah
berjela-berjela jika mereka itu -
- Tidak amanah
- Penakut
- Tidak disiplin
- Malas, dan
- Pengkhianat.
Melayu perlu ada sekitar 20,000 orang yang
terpelajar, atau berkelulusan dan profesyenal yang amanah, berani, disiplin dan
setia.
- Amanah menangani kuasa
- Berani mengambil tindakan dan menghadapi risiko
- Disiplin dalam mengendalikan tugas dan tanggungjawab
- Rajin dan bertungkus lumus menjalankan tugas dan berkorban untuk bangsa dan
negara
- Setia kepada keluarga, sahabat, kampong, mukim, daerah, negeri, Negara,
bangsa dan Umat
Dari antara ribuan yang sudah berkelulusan dan dari antara ribuan yang
akan lulus mampukah kita mengesan 20,000 anak bangsa yang
mempunyai nilai-nilai tersebut.
ISLAMIC VALUES
If you ponder closely the five values in the
- Bushido
- Hwarang, and
- Jinsheng
You will find that
- Trustworthiness or Amanah
The Quran says: 'Successful
indeed are the believers ... those who are faithfully true to their amanah
(trusts) and to their covenant' (al-Mu'minun: 1-8)
Islamic trustworthiness (al-Amanah) is reflected in Muslim's words and
dealings. Muslims with this virtue are Muslims with high degree of honesty and
integrity. They are responsible to be honest and trusted by colleagues and
partners.
- Courage or Keberanian
The Quran says: 'The mosque
of Allah shall be maintained only by those who believe in Allah and the Last
Day; perform the Salah, and give the Zakah, and fear none but Allah. It is they
who are the true guidance.' (al-Taubah: 18)
True Islamic courage (syaja'ah), as outlined in the Qur'an, is showing
determination in respecting all of Allah's limits, without exception, and
without hesitation, fearing none other than Allah, and not deviating from this
course whatever the circumstances. Essentially courage is the virtue that
arises as a result of faith, in those who fear no one but Allah, and who are
deeply devoted to Him. The very basis of the courage of the faithful is their
love and fear of Allah, and their rendering sincere effort to earn his good
pleasure. For that reason, their courage in fulfilling the requirements of
morality is not dependent on specific circumstances. Those who believe in Allah
show courage as an outcome of their fear of Allah and longing for the
Hereafter. Because they are sincere, they are also courageous and brave. And
the most courageous and brave are the people of knowledge.
- Discipline or Disiplin ( with different spelling)
The Quran says: ''Then we
have put you (O Muhammad pbuy) on a (plain) way of (Our) commandment and laws,
so follow.' (al-Jathiyah: 18
True Islamic discipline is reflected through consistent adherence to the rules
and regulations (al-Ittiba') and remains steadfast (al-Istiqamah) with
continuous obedience and positive belief in our doings.
- Diligence or Rajin, and
The Quran says: 'And strive
hard in Allah's course as you ought to strive (with sincerity and efforts'
(al-Haj: 78)
Islamic diligence is an expression of enthusiastic interest and sincere
devotion to a course in accomplishing it. Muslims are those who never lose the
enthusiasm in their hearts throughout their lives. They continue to strive hard
towards precision in all matters, to be the best of all. This is due to
the source of their diligence which is faith in Allah and their major goal is
earning the good pleasure of Allah, His mercy and His paradise.
- Loyalty or Setia
The Quran says: 'Truly, my
prayer and my devotion, my life and my death, are (all) for Allah, the
Cherisher of the Worlds.' (al-An'am: 162)
One of the distinguishing features of believers is a sense of loyalty - Islamic
loyalty. Muslims, in their real sense, are loyal and very much against
self-interest. A Muslim would fail to keep his self-respect if even once he
demonstrated a minor neglect in his loyalty. When one loses self-respect
completely, one gradually approaches a point where one loses faith.
Are all values highly propagated by Islam.
The 'muru'ah' spirit of the Qurasyh summarises the five core values in the
Bushido, Hwarang and Jinsheng.
That's the reason they were strong in the defense of paganism; but when they
were converted to Islam the same spirit was instrumental in the expansion of
the Islamic Empayar.
But these Islamic values are practiced
by the Japanese, the Koreans and the Chinese in Taiwan.
It proves that by just reading the Holy Quran and knowing the core values will not help us to progress, as they
say in Arabic,
Al
ilmu bi la amal, ka syajari bi la samar', or
'Ilmu yang tidak beramal laksana pohon yang tidak berbuah'.
In English we have a saying,
'Words without deeds is a
garden full of weeds', or
'Kata-kata tanpa amalan adalah laksana taman yang ditumbuhi lalang.'
Whatever our disagreements, on one thing we must agree today, and
that is the core Islamic values in Bushido, Hwarang and Jisheng, ingrained
in the Japanese, the Koreans and the Taiwanese ( as of now - even the mainland
Chinese ) should be put into practice by knowledgeable Malays
and Malays who are out to gain knowledge.
In that way the Malays can lead their nation, states, and institutions towards
greater achievements.
KNOWLEDGE WITHOUT VALUES
We should be able to avoid the disaster that has befallen such companies
as ENRON, that was led and managed by educated, qualified and trained
executives, with management know-how, but without the core values.
Apa yang diperlukan oleh bangsa Melayu
ialah anak bangsa yang berilmu yang turut menghayati nilai-nilai murni seperti
amanah, berani, disiplin, rajin dan setia iaitu nilai-nilai Islam yang diamal
oleh penganut fahaman Bushido di Jepun, Hwarang di Korea Selatan dan Jinsheng
di Taiwan.
Sekian, Wabillaahi taufiq Wassalaamu'alaikum
Wallaahu'aklam
Sanusi Junid.