Friday, December 31, 2010

News from WWF

Preliminary expedition reveals that Semporna, Malaysia's under water enriched with huge biodiversity of marine species. The preliminary expedition also mentioned that this area might be the most biologically diverse in earth.

However, the scientist from United States, Netherlands and Malaysia itself told that there are lot of sign of human interfere that can give negative result on the marine species.

References:
WWF 2010, Malaysia expedition yields rich marine gift basket, http://wwf.panda.org/?198256/Malaysia-expedition-yields-rich-marine-gift-basket

Wednesday, December 29, 2010

9 + 1 = Success

Formula berjaya amat mudah. Semudah kira-kira, iaitu 9 + 1 = Success.

Apakah 9, apa pula 1?

9 ialah sikap (attitude) manakala 1 pula ialah ilmu dan kemahiran (skill/knowledge).
Biar sehebat mana pun ilmu dan kemahiran yang dikuasai seseorang, tapi jika dia tidak mempunyai sikap yang baik, dia tidak akan ke mana-mana.

Cth. 1: Graduan dengan keputusan CGPA akademik 3.99 akan gagal untuk mendapatkan kerja sekiranya semasa sesi temuduga tidak menunjukkan sikap yang baik, santun, akitf dan inovatif.

Cth. 2: Isteri yang pandai memasak dan menjahit tetap akan berdepan masalah dengan suami dan keluarga sekiranya masih bersikap acuh tak acuh dalam tanggungjawab. Bangun pagi jam 9, macam mana nak sedia sarapan untuk keluarga?

Cth. 3: Imam yang mahir taranum, tajwid dan pelbagai ilmu agama tidak akan disenangi masyarakat sekiranya mengamalkan sikap terlalu jumud dan tidak wasatiah mengikut keperluan keadaan. Akibatnya majlis tahlil panggil imam kampung sebelah untuk mengepalai majlis.

Cth. 4: Bos yang bijak mengurus sumber, pandai mengawal kewangan jabatan tetap tidak dapat mengawal organisasi sekiranya tidak bersikap rendah diri dengan pekerja bawahan. Macam mana orang nak respect kalau kita jalan mendongak, tak tahu nak senyum dengan orang lain?

Mungkin banyak lagi contoh, tapi ini sahaja yang mampu saya berikan buat masa ini. Tafsiran sikap (attitude) mungkin pelbagai, akan tetapi secara umu itulah yang dimaksudkan. Mungkin benar ada pekerja yang mengamalkan sikap terbaik dengan majikan (main angin/kipas bos) akan tetapi bagi kes ini, tafsiran berjaya baginya pula mungkin berbeza.

Wallahua'lam...

Setiap Makhluk ada Manfaatnya

Soalan:
"Pada pandangan tuan, dan Jabatan, adakah kera-kera ini masih mempunyai nilai ekologi yang penting terhadap manusia dan persekitarannya di kawasan yang menerima aduan konflik gangguan kera?" - Penulis

Jawapan:
"Setiap ciptaan Allah tu ada fungsinya. Walaupun ada banyak kera yang mengganggu penduduk awam dan pengunjung di sekitar Taman TAR, Ampang dan Bukit Kiara, TTDI seperti yang awak tanya, kera tersebut tetap ada kepentingan tersendiri dan nilai yang sangat tinggi. Kera-kera ni sebenarnya bertindak sebagai 'buffer' dan penapis kepada pelbagai penyakit dari dalam hutan sebelum terlepas ke kawasan yang dihuni manusia. Contohnya penyakit TB, malaria dan rabbies dari dalam hutan. Kalau tak ada kera-kera ni, dah tentu penyakit ni akan penjangkiti manusia dengan mudahnya. Tapi kera-kera ni lah yang menerima penyakit ni terlebih dahulu. Jadi tak banyaklah penyakit yang tersebar keluar dari dalam kawasan hutan" - Timbalan Ketua Pengarah, Unit KBD, PERHILITAN Malaysia.

Wallahua'lam...

Laluan Kita dan Destinasi

Setiap dari kita akan menempuh laluan yang berbeza. Ada yang lurus, ada yang bengkang bengkok, ada yang berpatah balik, dan bermacam lagi.

Tapi setiap jalan yang kita lalui, biar berbeza macam mana pun laluannya, destinasi dan penamat kita tetap sama.

Wallahua'lam...

Tuesday, December 21, 2010

Duit dan Kuasa

Dua senario:

Pertama:
Seorang usahawan berjaya berstatus jutawan sedang memandu kereta yang bernilai lebih dari RM2 juta. Apakan daya, apabila berlaku kesesakan jalanraya di tengah kota, kereta mahal beliau tetap tidak bergerak.

Kedua:
Seorang ahli politik, menaiki kenderaan kerajaan melalui jalan yang sama dengan jalan yang dilalui oleh si usahawan di tengah kesibukan dan kesesakan jalanraya di ibukota sambil diiringi polis pengiring. Dengan mudahnya beliau melepasi kesesakan tersebut.

Kesimpulan - Kuasa lebih dahsyat dari wang ringgit. Sebab itu, ramai orang gilakan kuasa walaupun baru bergelar pelajar.

Masa Lampau

Masa lampau itu ibarat cermin pandang belakang kenderaan. Perlu dilihat tapi hanya sekali-sekali. Yang penting adalah cermin hadapan.

Wednesday, November 17, 2010

Memoirs of 1431 Eid Adha

Hari ni bertolak ke Perth, bercuti selama dua malam sebelum bertolak ke Malaysia. Balik seketika bukan untuk bercuti sangat, tapi lebih nak menyiapkan kerja.

Agak sedih nak meninggalkan keluarga di Adelaide. Apatah lagi bila musim raya ni. Sedikit ralat sebab dulu beli tiket tak tengok tarikh penting, jadi terlepas program Qurban sempena AidilAdha yang akan diadakan pada hari sabtu ni. Tapi saya masih bersyukur sebab sempat mengerjakan solat sunat AidilAdha di Adelaide, dan sempat meluangkan masa berharga bersama keluarga di sini.

Tapi saya akan terlepas beberapa 'important event' bila balik ke Malaysia ni. Pertamanya, saya tak dapat bersama kawan-kawan lain menyambut kelahiran bayi sulong Muntazam&Suriati dan Nasrul Amri&Arifah. Keduanya, saya tak berpeluang untuk bersama-sama menghantar rakan serumah, Mohammad Sani Mohammad Hashim dan rakan seperjuangan yang juga bakal penerima ijazah PhD, Dr Nor Azman. Mereka berdua akan balik 'for good' (kurang pasti istilah melayunya apa), meninggalkan Adelaide ni. Jadi agak dukacita.

Moga Muntazam, Suriati, Nasrul Amri, Arifah akan dikurniakan zuriat penerus perjuangan agama dan bangsa yang soleh dan solehah. Moga juga ibu-ibu itu akan selamat melahirkan anak sulong mereka. Kehadiran ahli keluarga baru, adalah satu anugerah yang tidak terhingga.

Buat Sani dan Azman, moga mereka berjaya mendapatkan Ijazah PhD yang diperjuangkan selama ini. Didoakan juga mereka mampu menjadi pendidik dan pejuang agama, bangsa yang ikhlas, jujur dan amanah.

Erm, berkenaan sambutan AidilAdha. Memang sinonim Tanah Suci Mekah pada waktu ini. Salah, bukannya sinonim, tapi memang satu kemestian. Sebelum bertolak ke bumi Kangaroo pada Februari 2010 yang lalu, kak Hani (isteri Dr Arifin) berkongsi cerita yang dia bermimpi melihat ibu dan ayah saya memakai pakaian ihram. Saya terkejut. Manakan tidak, memang saya dah sematkan di dalam hati, nak berusaha menghantar mereka ke Tanah Suci satu hari nanti. Mimpi kak Hani tu, walaupun tak datang di dalam tidur saya, masih menjadi pendorong kepada diri sendiri untuk terus berusaha meneruskan cita-cita tersebut.

Jadi bila sampai musim Haji, teringat kembali niat tu dan apa yang dimimpikan kak Hani. Semoga saya mampu menunaikan apa yang diniatkan dan dicita-citakan. Saya sendiri dah menetapkan sasaran nak ke sana sebelum umur 45 tahun, jika diizinkan Allah. Semoga juga semua umat Islam di dunia ini sempat menyempurnakan rukun Islam kelima sebelum 'berangkat bertemu Yang Maha Esa'.

Tapi dikejutkan juga, dengarnya ada 'orang' nak jumpa di Malaysia nanti. Aduh, betul ke ni? Saya belum bersedia secara mentalnya lagi. Kalau betul, moga Allah berikan saya kekuatan.



Friday, November 12, 2010

Oh Mekah...

Kerajaan berjanji akan mengekalkan subsidi Haji bagi setiap jemaah yang berniat untuk mengerjakan ibadat Rukun Islam kelima itu bagi tahun-tahun mendatang. Sungguhpun pembangunan pesat berlaku di sekitar Masjidil Haram dan berkemungkinan akan meningkatkan kos mengerjakan Haji dan Umrah, akan tetapi kerajaan berjanji akan meastikan akan membantu bakal jemaah sedaya upaya dari segi kewangan dan kebajikan.

Rujuk Berita Harian 12 Nov 2010 - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Subsidihajidikekalkan/Article

Dahulu, teknologi antara perkara yang mengekang umat Islam mengerjakan Haji. Susahnya nak ke sana, kerana tiada pengangkutan yang efisien seperti 'kapal besi' di masa kini. Jadi kapal laut adalah satu-satunya cara untuk ke sana. Bayangkan sebulan diperlukan untuk ke Tanah Suci Mekah. Sampaikan pokok pisang pun boleh berbuah di atas kapal. Belum dikira waktu pulang lagi. Masa yang diperuntukkan untuk mengerjakan Haji dan selamat kembali ke tanah air memakan masa 3 bulan.



Kalaupun bukan kerana teknologi, ekonomi juga adalah kekangan. Kerjaya sebagai pesawah, pekebun kecil dan tukang sapu tidak mampu memberi pendapatan lumayan. Paling tinggi pun kerjaya masyarakat Melayu adalah sebagai kerani, posmen, guru (Menurut apa kata orang-orang tua kepada saya lah). Kebergantungan kepada harta pusaka adalah kemestian. Tanah kebun dan petak sawah akan menjadi modal. Kebanyakan masyarakat Melayu Islam terpaksa menjual tanah kalau hendak ke Tanah Suci Mekah.

Kini, teknologi dan kemudahan semakin berkembang. Akan tetapi masih memberi kekangan kepada umat Islam yang berhajat mengerjakan Haji. Pelbagai pilihan penerbangan untuk ke sana membuka persaingan antara syarikat penerbangan. Maka banyaklah tawaran tiket murah. Akan tetapi, oleh kerana medium untuk tiba ke Tanah Suci mekah semakin banyak, ia meningkatkan jumlah umat Islam yang mengunjungi Mekah. Sesuatu yang baik dari sudut spiritualnya. Pusingannya, penginapan perlu ditambah, aliran trafik dan sistem pengangkutan domestik perlu dikemaskini, penyediaan bantuan kesihatan perlu ditambahbaik, keperluan bahan makanan perlu sentiasa ada dan tidak boleh putus, dan pelbagai lagi. Oleh kerana itu, kerajaan Mesir terpaksa menaikkan kos mengerjakan Haji untuk menampung modal pembangunan di sana.



Tak lupa kesan ekonomi. Kalau dahulu, kerjaya yang terhad dan tidak berkembang menyekat pulangan pendapatan lumayan. Kini, kerjaya yang semakin mencapah mampu memberikan individu pulangan pendapatan kira-kira RM3000 sebulan. Isunya di sini, kalau nak mengeluarkan output, perlu ada input. Pelbagai kerjaya menyebabkan penggunaan sumber semakin meningkat. Apabila sumber semakin terhad, maka kawalan terpaksa dikenakan atasnya. Saya rasa antara kaedah paling asas mengawal sumber adalah dengan menaikkan harga di pasaran. Keputusannya, kos sara hidup meningkat. Maka sama sahaja kalau dibandingkan bergaji RM3000 sekarang dengan RM300 20 tahun dahulu.

Semua itu adalah ujian Allah untuk menilai kesungguhan kita melengkapkan Rukun Islam kelima. Biarpun setinggi mana kosnya, sesukar mana hendak menyimpan duit untuk ke Tanah Suci Mekah, jangan sekali-kali kita berhenti berniat dan berusaha untuk ke sana. Kalau kita mampu membayar RM900-1000 sebulan untuk kereta impian, mengapa tidak menyimpan RM100 sebulan paling kurang untuk mengerjakan Haji.

Sambil berusaha mengumpul duit, usaha juga menambah ilmu dan menguatkan benteng jiwa sebagai persediaan ke sana. Jangan hanya mengharapkan kursus Haji beberapa bulan sebelum ke sana. Menjaga kesihatan juga satu usaha. Kita takkan tahu pada umur berapa kita berpeluang ke sana. Mungkin pada usia 50an. Kalau tak menjaga kesihatan, pada umur 30 tahun dah disahkan mengidap kencing manis, susahlah apabila hendak melengkapkan rukun Haji di usia tua. Niatlah menjaga kesihatan dan mengekalkan kekuatan supaya mudah mengerjakan Haji. Bila sebut hal umur, tetapkan sasaran bila kita hendak ke sana. Pada usia 30? 35? 42? 47? 51? Atau lima tahun selepas pencen? Bila ada sasaran, barulah kita akan berusaha bersungguh-sungguh.

Kepada golongan muda, mulalah menyimpan sejak dari awal. Jangan tunggu setelah beroleh pendapatan baru nak bermula, memang merugikan.

Semoga kita semua dapat ke rumah Allah satu hari nanti, dan beroleh Haji Mabrur. Amin.

Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam....

Tuesday, November 9, 2010

Top 10 Beaches

Pulau Langkawi disenaraikan antara 10 pulau terbaik yang sangat dicadangkan untuk dilawati oleh National Geographic. Sebagai rakyat Malaysia, perasaan bangga datang apabila melihat hal ini disenaraikan di dalam laman web global. Bayangkan, seorang rakan Australia bertanyakan tentang Langkawi selepas dia melihat paparan tersebut. Bagaimana kalau kita tidak pernah ke Langkawi? Mesti susah nak terangkan kepada orang lain. Jadi, kalau punya pilihan tak salah utamakan dalam negara sebagai destinasi percutian.

*Sebagai Muslim, saya sematkan Tanah Suci Mekah sebagai destinasi utama yang hendak dituju. Aidiladha dah dekat....

Rujukan:

National Geographic 2010, Top 10 beaches, viewed at 8 November 2010, http://travel.nationalgeographic.com/travel/top-10/beaches/

Sunday, November 7, 2010

Kebijaksanaan Manusia Mengeksploitasi Sumber

Penilaian Impak Persekitaran (EIA) didefinasikan sebagai satu penilaian atas impak terhadap alam sekitar yang disebabkan oleh projek yang dirancang. EIA digunakan sebagai medium proaktif mengenalpasti apakah kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap alam sekitar serta kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengatasinya. Lebih asas, sekiranya impak yang dikenalpasti itu tidak mempunyai jalan untuk dikurangkan kesan negatifnya, maka projek pembangunan tersebut tidak akan dijalankan. Jelas di sini, dari sudut pemikiran logika manusia, bencana alam yang berpunca dari satu-satu pembangunan yang dirancang boleh ditaksir sebagai kesilapan manusia dalam membuat keputusan, adakah projek pembangunan tersebut berbaloi untuk dijalankan jika dibandingkan dengan kesan yang akan timbul daripadanya.

EIA adalah satu proses di peringkat perancangan. Sebagai alat penilaian, ia mampu membantu sesebuah negara meninggalkan khazanah masa kini kepada generasi akan datang dalam keadaan baik.

Di Malaysia, EIA telah mula bertapak secara khusus dan menyeluruh sekitar 1980an. Bernaung di bawah kementerian khusus, EIA bergerak dengan sokongan Akta Kualiti Alam 1974 di bawah kelolaan Jabatan Alam Sekitar. Sebanyak 19 aktiviti (19 Prescribed Activities) pembangunan telah dikenalpasti untuk dikenakan EIA mengikut jadual yang ditetapkan di dalam akta tersebut.

DI atas kertas, EIA dilihat sangat mampu mengawal pembangunan dan penggunaan sumber asli, serta mengelakkan pembinaan secara tidak terurus.

Sayangnya, kebijaksanaan manusia seringkali digunakan ke atas jalan yang salah. Sebijak-bijak pentadbir menyediakan satu panduan pembangunan, bijak lagi pengusaha projek. Keinginan mengejar keuntungan menyebabkan EIA diperbudak-budakkan.

Ukuran kuantitatif dalam mengenalpasti 'Prescribed Activities' digunakan untuk mematahkan hujah tidak boleh manjalankan pembangunan.

Syarat pembangunan kawasan perumahan ialah tidak melebihi 50 hektar. Maka pemaju perumahan akan menggunakan kelebihan angka untuk mengatasi fleksibiliti. Kebanyakan pemaju atas nama berbeza tetapi berindukkan yang sama memilih untuk membangunkan 49 hektar kawasan sebagai kawasan perumahan di beberapa kawasan berbeza, tetapi berlokasi dekat sesama mereka. Katakan 3 permohonan membangunkan kawasan perumahan dengan saiz 49 hektar setiapnya. Setiap permohonan tidak perlu dikenakan EIA kerana hanya pembangunan perumahan yang melibatkan kawasan lebih 50 hektar sahaja perlu dikenakan EIA. Maka 3 permohonan ini akan diluluskan dengan mudah. Lokasi bersebelahan menyebabkan jumlah guna tanah untuk pembangunan perumahan tersebut sebenarnya ialah 147 hektar, bukannya 49 hektar seperti di atas kertas.

Itulah sebabnya jika banyak di dedahkan akhbar, penduduk merungut projek pembangunan seperti tidak wajar dijalankan. Akan tetapi dari segi perundangan ia sebenarnya boleh dilaksanakan.

Jadi, kekurangan kuantitatif di dalam prosedur EIA ini perlu dikurangkan bagi mengimbangi kebijaksanaan manusia mengeksploitasi sumber.



Rujukan:
1) Briffett, C, Obbard, JP & Mackee, J 2003, ‘Towards SEA for the developing nations of Asia,’ Environmental Impact Assessment Review, vol. 23, no. 2, pp. 171–196.
2) Glasson, J, Chadwick & Therivel, R 1999, Introduction to environmental impact assessment, 2nd edition, Spon Press, London, UK.
3) Memon, PA 2000, ‘Devolution of environmental regulation: environmental impact assessment in Malaysia,’ Impact Assessment and Project Appraisal, vol. 18, no. 4, pp. 283–293.
4) Nor, YM 1991, Environmental policy making: Problems and perspectives in Malaysia, Environment Impact Assessment Review, vol. 11, pp. 129–142.

Friday, November 5, 2010

Bela Harimau di Negara Maju

Hasil siasatan menunjukkan bahawa penduduk luar bandar di sebuah negara maju (yang juga dianggap Polis Dunia) menjadikan harimau sebagai haiwan belaan di dalam sangkar di belakang rumah mereka. Dianggarkan lebih dari 5000 ekor harimau yang dijadikan haiwan belaan di dalam sangkar dan jumlah ini melebihi jumlah harimau liar di dalam hutan, habitat sebenar haiwan tersebut.

Tak perlu diulas tentang bagaimana perundangan di negara tersebut berkenaan isu ini.

Apa yang lebih utama dan menarik untuk diulas adalah minda pemikiran kelas pertama. Rakyat negara maju sering dilihat sebagai komuniti maju dengan minda pemikiran kelas pertama.

Adakah kerana status minda kelas pertama ini, mereka 'dibolehkan' untuk membela harimau di dalam sangkar hinggakan jumlah harimau belaan di seluruh negara melebihi jumlah harimau di habitat asal? Inilah dia masyarakat yang sibuk melarang penebangan hutan di negara membangun, menekankan supaya diketatkan isu pensijilan hutan mampan di negara membangun dan menyekat pelbagai pembangunan di negara dunia ketiga atas alasan peri pentingnya pembangunan mampan serta pemeliharaan dan pemuliharaan Biodiversiti. Tapi pada yang sama, mereka sendiri mengancam kedudukan dan status haiwan terpelihara ini.

Walhal di dalam aspek ini, mereka juga bukanlah masyarakat dengan mentaliti kelas pertama.

Rujukan:
WWF 2010, Tigers among us, viewed at 1 November 2010, http://www.worldwildlife.org/species/finder/tigers/captive-tigers/index.html

Plastik di dalam Laut

Plastik hanya boleh dikompos jika dikenakan suhu yang terlalu tinggi. Akan tetapi, kajian terkini yang dijalankan oleh beberapa saintis dari Jepun membuktikan plastik juga boleh dikompos dan terurai di dalam laut pada suhu yang lebih rendah (30 darjah celcius), pada kadar yang lebih cepat.

Lambakan usaha membuang sampah yang majoritinya terdiri dari sisa-sisa seperti plastik ke dalam laut amat membimbangkan. Apabila plastik terurai di dalam laut, ia akan meningkat kadar pencemaran kimia di dalam laut yang mana akan membebaskan Biosphenol. Bahan kimia ini mampu mengganggu sistem pembiakan haiwan laut.

Apabila sistem pembiakan hidupan laut terganggu, ia juga mempengaruhi populasi haiwan.

Jadi, jangan buang sampah ke dalam laut.

Rujukan:
Barry, C (National Geographic News) 2009, Plastic breaks down in ocean, after all - break fast, media release, 20 August, viewed at http://news.nationalgeographic.com/news/2009/08/090820-plastic-decomposes-oceans-seas.html

Thursday, November 4, 2010

Merungut

Pemerintah A:

"Hebatnya negeri ini di bawah tampuk pemerintahanku. Aku berjaya membawa masuk banyak pelaburan ke negeri ini. Semakin lama, semakin banyak pelabur asing yakin dengan keupayaan dan kemampuan ekonomi negeri ini di bawah pemerintahanku."

Pemerintah B:

"Pemerintahanku luar biasa. Hasil pengurusan berkesan, hutang negeri semakin dikurangkan. Tiada lagi defisit dalam perbelanjaan."

Rakyat:

"Dalam kedua-dua tempo, kenapa kami masih hidup melarat? Ekonomi berkembang tapi gaji kami masih di takuk lama. Kami masih perlu membuat kerja tambahan di hujung minggu untuk menampung perbelanjaan yang semakin meningkat. Hutang berkurangan seperti punya kaedah pengurusan wang berkesan. Tapi kenapa infrastruktur negeri dan kebajikan tidak terpelihara?"

Tuesday, October 26, 2010

Mana Lebih Susah?

Mana lebih susah?

Mendaki Gunung Tahan untuk sampai ke puncaknya @ mendaki tangga surau untuk mengerjakan solat secara berjemaah?

Bersekang mata selama 4 jam menunggu perlawanan bola @ bangun 45 minit di tengah malam untuk menunaikan solat tahajjud?

Menghabiskan lebih dari RM100 untuk baju raya baru @ bersedeqah sebanyak RM10 di masjid?

Susahnya nak buat semua tu....

Tuesday, October 19, 2010

Istana di dalam Jiwa

Betapa besarnya nikmat ketenangan jiwa. Kita mungkin diberi jawatan besar, pekerjaan yang baik, pasangan yang cantik, harta yang membukit, penghormatan yang menggunung. Tapi kiranya kita tidak beroleh ketenangan jiwa, istana ibarat bangunan penjara.

Bagaimana pula hendak beroleh ketenangan jiwa?
Sudah pasti dengan kembali kepada Allah.

Firman Allah s.w.t. di dalam kitabNya yang bermaksud:

Bismillahhirrohmanirrohim...

"Orang-orang yg lupa kepada Allah, lalu Allah melupakan mereka terhadap dirinya sendiri" Al Hasyr, 19.

Carilah Allah untuk ketemu ketenangan jiwa.

Salah seorang Profesor d salah satu Universiti terkemuka d AS bertanyakan kepada pelajar-pelajarnya ketika sesi pembelajaran di dalam kelas:

"Siapa dikalangan kamu mampu menggergaji kayu dengan kemas dan cantik sekali?"

Anak-anak muridnya semua mengiayakan dan mengakui kebolehan yang dipersoalkan.

Bertanya lagi Profesor tersebut: "Siapa pula dikalangan kamu yang mampu mengergaji serbuk iaitu habuk-habuk kayu?"

Semua anak muridnya terdiam.

Lantas si Profesor berkata: "Sudah tentu seseorang tak mampu menggergaji serbuk kayu. Begitulah dengan keadaan masa lalu. Apabila kamu berkeluh kesah dan menyesali apa yang berlaku pada kamu pada masa lalu, ketahuilah bahawa kamu sedang menggergaji serbuk kayu."

Sama-sama kita fikirkan.

*Petikan ayat dan ulasan dari Kitab Iman dan Kehidupan, Dr. Yusuf Al-Qardawi.

'Physiognomy'

Pengelasan tumbuhan dibuat menggunakan taksonomi tertentu. Daripada Famili hinngalah ke skop terkecil iaitu species.

Akan tetapi bagi beberapa kes pengurusan di kawasan bandar, pengelasan tumbuhan juga boleh dibuat menerusi ciri-ciri 'Physiognomy'. Istilah ini didefinasikan sebagai ciri-ciri luaran yang digunakan untuk membezakan sesuatu organisma itu dengan organisma yang lain. Secara khususnya, pengkelasan berdasarkan 'Physiognomy' tumbuhan dibuat menerusi struktur tumbuhan dan juga bentuknya (Plant Structure & Living Form).

Sebagai contoh, pokok berduri, berdaun halus (tidak lebar) memerlukan jumlah air yang sedikit untuk menjalankan proses fotosintesisnya. Justeru, tumbuhan dengan cir-ciri luaran ini boleh hidup di kawasan kurang air seperti di gurun.

Contoh kedua, tumbuhan yang tidak mempunyai dahan berkayu dan hidup menjalar perlu air yang banyak untuk hidup. Untuk mendapatkan cahaya pula, tumbuhan dengan ciri-ciri luaran ini perlukan 'bantuan' baginya mendapatkan cahaya. Jadi ia mungkin memanjat atas tumbuhan lain, ataupun hidup di kawasan tanpa tumbuhan dominan (di atas gunung contohnya).

Pengelasan mengikut kaedah ini dibuat bagi mengenalpasti apakah fungsi dan cara hidup utama tumbuhan di kawasan bandar. Maklumat ini amat berguna untuk membantu pemilihan tumbuhan yang sesuai ditanam di kawasan bandar, bagi menyelaraskan dengan status guna tanah di sesuatu kawasan.

Bagi manusia pula, adakah cici-ciri luaran ini menjadi faktor penentu? Dalam mendapatkan kerjaya misalnya.

Sebagai contoh:

1) Wanita dengan rupa paras jelita lebih cenderung mendapat kenaikan pangkat berbanding dengan yang kurang jelita tetapi punya prestasi cemerlang.
2) Lelaki dengan suara lantang lebih kerap dicalonkan untuk mana-mana jawatan dalam organisasi berbanding mereka yang berusara halus (walaupun punya aspirasi dan idea bernas).
3) Aduan dari penduduk di kelompok kawasan perumahan elit @ rumah banglo sentiasa mendapat keutamaan daripada majlis daerah berbanding mereka yang menginap di kawasan rumah pangsa @ luar bandar.

Jika benar, maka kita sama seperti tumbuhan. 'Physiognomy' yang ada pada kita digunakan sebagai medium penentu tahap layanan yang selayaknya dan seharusnya kita terima, dengan mengabaikan nilai keadilan, kesaksamaan, toleransi, kemanusiaan dan kebijaksanaan yang telah Allah berikan pada manusia.

Wallahua'lam...

Monday, October 18, 2010

Pensyarah yang Baik

"Seorang pensyarah yang baik, ialah pensyarah yang pernah bekerja, buat dan terlibat dengan industri, jabatan berkenaan bidang kepakarannya."

Ini rumusan seorang pelajar di sini. Pendek kata, sekiranya seorang pensyarah itu tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam dunia pekerjaan sebelum dia menceburi dunia pendidikan, dia boleh dikategori sebagai pensyarah yang kurang baik @ kurang berkesan.

Saya terus melihat cermin, dan bermonolog penuh emosi. "Kasihan semua anak didik aku nanti."

Hampir pada keseluruhan aspek, saya mempersetujui apa yang dia katakan. Akan tetapi tidak bermakna pensyarah muda yang tidak punya apa-apa pengalaman kerjaya sebelum menjadi pendidik peringkat tertinggi ini tidak berkualiti.

Jadi, saya terima rumusan tersebut sebagai cabaran. Sebagai pensyarah muda, sudah menjadi tugas saya membina pengalaman sendiri bukan dari dunia kerjaya.

Saturday, October 16, 2010

Tahniah Dr Shahrul!

Seronoknya melihat kejayaan sahabat menamatkan PhD.

Tahniah Buat Dr Shahrul Nizam Yaakob atas kejayaan menamatkan PhD. Beliau kini layak bergelar 'Dr' dan akan meneruskan khidmat di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Alhamdulillah... Menempuh cabaran berjauhan dengan isteri dan anak selama 42 bulan, beliau akhirnya berjaya dalam bidang pengajiannya (Computer Engineering) di University of South Australia.

Sepanjang tempoh singkat bersama dengan beliau, saya boleh rumuskan beliau adalah seorang warganegara Malaysia dan bangsa Melayu yang sangat setia, bapa yang tegas dan berdisiplin, punya matlamat tinggi, ramah dan pandai memasak.

Banyak nasihat dan perkara yang saya perolehi dari beliau, samada secara langsung @ tidak langsung.

Saya doakan agar beliau cemerlang dalam dunia karrier sebagaimana sebelumnya. Begitu juga kepada semua kenalan saya yang lain.

Semoga semua umat Islam di dunia ini berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat. Amin...

Saturday, October 9, 2010

Rezeki Allah


Rezekei Allah itu pelbagai. Dan setiap manusia mentafsir rezeki baginya pada sudut pandangan yang berbeza-beza. Selagi mana sesuatu pemberian itu menguntungkan hamba Allah itu, ia diterjemah sebagai rezeki.

Ada orang punya duit berkoyan hasil kerja kuat, akan tetapi dia tidak punya masa untuk keluarga.

Ada orang mampu makan juadah yang mewah-mewah setiap hari, akan tetapi dia tidak punya kesihatan yang baik.

Ada orang punya masa lapang yang banyak, akan tetapi dia tidak punya perkara yang bermanfaat yang boleh diisi untuknya.

Banyak sebenarnya makna rezeki.

*p/s - Alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki pada saya dan rakan serumah 108 ekor ketam hasil tangkapan selama kira-kira 4 jam. Sebagai timbal balasnya, Allah peringatkan saya supaya bersyukur dengan menarik satu nikmat dari saya. Huhuhu... Moga saya terus diberikan kekuatan dan kesabaran.

Friday, October 8, 2010

Sebelum dan selepas lafaz "Aku terima nikah...."

Bagi yang membina masjid, tentunya banyak belanja yang diperlukan.
Saya sediakan di sini ‘antara’ perbelanjaan yang terlibat. Tapi jumlah perbelanjaannya bergantung pada individu. Mungkin banyak lagi senarainya, tapi ini sahaja yang ada.

*Terima kasih kepada sahabat (Arifhadi Johari Affandi) kerana menyediakan senarai kos ini.

Belanja Kahwin RM

Merisik
Cincin - ?
Jamuan - 700?
Baju Merisik - 50?
Perjalanan pergi balik rombongan - 120?
Tempat penginapan rombongan - Balik hari?

Pertunangan
Cincin - 200
Jamuan - 800?
Hantaran - ?
Baju Pertunangan - 200?
Perjalanan pergi balik rombongan - 320?
Tempat penginapan rombongan - Balik hari? Menginap di rumah saudara terdekat?

Sebelum Bernikah
Kursus Perkahwinan - Dah selesai masa student
Kad Jemputan Kahwin - 900? FB? Blog?
Kos mendaftar - 500?

Pernikahan
Derma Tok Kadi - 300?
Cincin - 300?
Jamuan - 1800?
Barang hantaran:
Sirih junjung - Ganti dengan Coklat Cadbury
Potpouri - ?
Al-Quran - Tak perlu? Yang sedia guna dari zaman kanak-kanak dah ada.
Manisan - Dah ada coklat Cadbury tadi. Tak pun buah kurma.
Sejadah - 90?
Samping - 120?
Kain pelikat - 20?
Baju Melayu - 120?
Kasut - 300?
Jam - Ada badi pakai jam. Selalu sgt rosak, jadi tak perlu mahal2. Pasar malam j.
Handphone/PDA - ?
Set penjagaan diri - ?
Kemeja/Cufflinks - ?
Beg tangan - 350?
Pulut kuning - ?
Mas Kahwin - Ikut negeri?
Belanja hantaran - ?

Majlis Resepsi
Jurufoto/Videografi - Merayu mintak diskaun dari Tepak Sireh?
Laman web perkahwinan - FB jee..
Mak Andam - ?
Pelamin - 700?
Dewan/Khemah - 1200? – Ni khemah j.
Jamuan - 9000? @ 19,000?
Baju Persandingan - 700?
Bunga pahar - ?
Cenderahati tetamu - ?
Hiasan hantaran - ?
Hiasan bilik tidur - ?
Solekan Pengapit - Duit pengapit sendiri?
Baju Pengapit - sda

Hotel atau taman:

Kerusi dan meja - Dewan serbaguna taman @ kampung
Menu - ?
Penyambut tetamu - ?
Pengiring - ?

Makan beradap:

Set meja pengantin - ?
Kerusi dan Meja - ?
Alas meja - ?
Skirting - ?
Scallop - ?
Kerusi banquet - ?
Bunga bouquet - ?
Lauk pengantin - ?
Penanggah - Rokok 30 kartun? RM10 sorang budak?

Hiburan:

Kompang - Sume pasang CD j.
Silat pengantin - sda
Cak lempong - sda
Kumpulan marhaban/berzanji - sda

Sistem PA:

Satu set sistem PA - ?
DJ / MC - Adik beradik sendiri?

Bulan Madu:

Percutian - Nanti dulu laaa.....

Jumlah perbelanjaan - ??????????????????????

Berikut pula saya senaraikan ‘antara’ perbelanjaan yang terlibat sejurus selepas anda bergelar suami. Mungkin banyak lagi, tapi Cuma ini sahaja yang ada. Almaklumlah, saya sendiri belum mempunyai pengalaman beristeri apatah lagi berkeluarga. Jadi senarainya lebih pendek.

Kos bertandang/ziarah 'Ahli Keluarga Baru'

- Kos perjalanan - ?
- Kos belanja makan (Takkan kedekut dgn family baru. Setidak2nya beli le sarapan sekali) - ?
- Kos beli buah tangan - ?
- Kos layan tetamu (Yang bertandang ke rumah plak) - ?

Kos masuk rumah sewa baru
(Bagi yang blom beli rumah sndiri)
- Kos perjalanan/lori nak angkut barang dr rumah bujang (Ada 2 lokasi. Rumah bujang sndiri ngn barang-barang kt rumah makAyah) - ?
- Deposit rumah sewa (byk tuuuuuu…..) - ?
- Kos jamuan makan utk sedara mara/kengkawan yg tolong angkut barang - ?
- Kos basuh/ngecat rumah - ?
- Kos buat majlis doa selamat
masuk rumah baru - ?
*Kalu dah ade rumah sndiri, buat le kos renovation sendiri ye.

Kos Beli Perabot dan Keperluan Keluarga
- Almari utk 2 org - ?
- Set kerusi keluarga - ?
- Set meja makan keluarga - ?
- Telebisen? - ?
- Barang-barang memasak (Milo tin besar, Beras 10kg, Bawang, Garam, Rempah ratus, etc. Pokok pangkalnya, selepas bernikah, semua barang itu ‘double’) - ?
- Set memasak. (Pinggan nak Correl dan Noritake aje. Tak mau kalah) - ?
- Barang-barang dapur (Bekas garam, tong beras, tempat letak sudu garfu, etc) - ?
- Gas, kene beli dua tong (utk emergency) - ?
- Mesin basuh (dulu main rendam2,celup2 je. Sekarang kene untuk muatan minimum 5kg) - ?
- Hiasan dalaman dan luaran rumah (Pasu bunga dan bunganya sendiri, Gambar dan framenya, etc..) - ?

Total - ?????????????????

Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Dan apa yang jelas, perbelanjaan untuk majlis pernikahan khususnya hanya sekali, manakala perbelanjaan selepas majlis pernikahan adalah berterusan. Ianya istiqamah, continous dan consistent.

Jangan pula bila melihatkan semua kos perbelanjaan, kita risau dan mula gundah. Baginda Insan Teragung, Muhammad Sallallahualaihiwassalam memberi satu gambaran yang praktikal tentang perkahwinan:

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

“Makanan dua orang mencukupi untuk tiga orang, dan makanan untuk tiga orang mencukupi untuk empat orang.”

Juga firmah Allah di dalam Al Furqan yang memberi erti:

“Dan nikahkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara ham-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mampukan mereka dengan kurniaNya, dan Allah Maha Luas PemberianNya, lagi Maha Mengetahui.” Surah An-Nur:32

Senarai di atas sekadar perkongsian oleh saya dan sahabat (Arifhadi Johari Affandi) untuk memastikan majlis berjalan lancar, dan kehidupan yang bakal ditempuh kekal bahagia. Dan juga untuk kita menentukan, yang mana satu prioriti dan mana satu yang boleh diketepi. Jangan kerana gah majlis kenduri dan majlis nikah, berpeluh nak menguruskan hal selepas nikah.

Bakal suami dan isteri, fahamilah setiap beban dan tanggungjawab masing-masing.
Moga anda (dan kita) terus didokong dengan keyakinan oleh bantuan Allah dalam niat mulia kita untuk melengkapkan iman (berkeluarga). Amin...

Selamat berbahagia dan selamat menempuh alam perkahwinan kepada sahabat-sahabat yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan (Aini Hayati Alias, Mohd Taufik Ismail) dan selamat membuat persediaan bagi sahabat-sahabat yang bakal menempuh alam itu (Mohamad Sani Hsahim, Arifhadi Johari Affandi, Muhammad Helmi Mustapha, Norhafizah Ali, Ahmad Faizal, Mohd Zubir Khamis, Maisarah Omar Barawas, Ikhwan Nazri, Nurnida Mohd Kamal, Siti Hajar Yaakob dan mungkin ramai lagi yang saya terlupa...)

Wednesday, October 6, 2010

Kebinatangan dan Kemanusiaan

Sedih apabila membaca berita yang seorang bayi baru berusia 4 hari mati kerana diserang oleh kera di rumahnya. Kejadian berlaku di Seremban. Ekoran dari kes ini, jabatan berkaitan dilaporkan terus bertindak dengan menembak mati seekor dari kumpulan kera tersebut yang dilihat berkeliaran di kawasan perumahan tersebut selepas mendapat aduan dari penduduk setempat.

Dari kejadian ini, apa bezanya Kebinatangan dan Kemanusiaan?

Kalau terjadi pada saya, bagaimana pula? Nau'dzulbillahimin dzalik...

Wallahua'lam...

Rujukan:

Yahoo News 2010, http://au.news.yahoo.com/world/a/-/world/8090413/monkey-kills-baby-in-snatch-attack-in-malaysia/

Tuesday, October 5, 2010

Ganjaran Penat

Badan saya sedang 'merosot' dari semua segi. Tapi saya bersyukur dan sentiasa berdoa, agar 'kemerosotan' badan saya ini diterima Allah sebagai satu jihad. Kerana menuntu ilmu itu satu jihad, dan semua ini berlaku kerana tuntutan akademik yang tidak henti-henti.

Proses pembelajaran hingga ke mati. Ia berlaku tiap masa, selagi mana otak beroperasi. Oleh itu, tiada istilah bekerja cuma hingga jam 5 petang. Sebab itu lah Prof. Jon Kellet, Assoc. Prof. Ian Chris, David Bruce dan Chris Raymond telah berulang kali hadir dalam mimpi saya. Semuanya mengulas perihal akademik. Ia bukan sesuatu yg baik. Jadi penyebab saya terkejut pada tengah malam. Penat badan dan mengantuk esok harinya. Tapi tiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Jika tidak, saya tidak akan bangun untuk solat malam. Jika tidak, saya tidak akan menghargai tiap masa yang berlalu. Jika tidak, saya akan terus leka dan khayal. Saya rasa itu antara ganjaran yang sangat berbaloi.

Allah hanya akan menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan seseorang hamba itu.

Jadi terima kasih Allah kerana memberi saya semua ujian ini. Moga saya dan kita semua terus diberi kekuatan dan kemampuan untuk menuntut ilmu dan memanfaatkannya ke jalan yang diredhai olehNya. Amin...

Wednesday, September 29, 2010

Hutang dan Masa Depan

Ini bukan hal politik. Tetapi kerana isu ajakan debat antara PERKASA dan Nurul Izzah tentang hal PTPTN menyebabkan saya jadikan politik sebagai pemula coretan kali ini.

Apa pandangan parti politik terhadap PTPTN?

Pada pandangan saya, parti politik yang mampu menukar status 'pinjaman' PTPTN kepada 'biasiswa' dengan syarat tidak memberi impak negatif jangka panjang kepada ekonomi negara dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti mahasiswa insyaAllah boleh meraih undi yang sangat majoriti dari golongan remaja, yang merupakan pengundi dan pemimpin masa depan negara.

Saya petik dua daripada nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya:

"Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit,
tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan
dan kehinaan."

"Wahai anakku! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam
kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami
penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."

Kuncinya di sini adalah kemiskinan dan kepayahan menanggung hutang.

Nah, menanggung hutang itu jelas perkara yang amat menderitakan. Bayangkan di alaf ini, kebanyakan remaja-remaja di Malaysia yang puratanya berusia 18 tahun dan tak punya opsyen kewangan, terpaksa memilih PTPTN sebagai alternatif terakhir telah diberi tanggungjawab memegang mata pena untuk menandatangani perjanjian yang akan mengikatnya dengan hutang untuk 10 tahun yang akan datang.

Sebelum seorang remaja di Malaysia itu berjaya menamatkan pengajian, dia sudah mempunyai beban hutang kira-kira RM20,000.00 pada kadar minimum.

Jadi bagaimana dia hendak menyimpan untuk keperluan dan kehendaknya yang lain?

Simpanan menunaikan Haji? Simpanan pernikahan? Simpanan membeli rumah dan kenderaan? Simpanan waktu sakit dan kecemasan? Ini antara simpanan asas yang diperlukan apabila mula memperoleh pendapatan sendiri.

Akan tetapi sukarnya untuk membuat simpanan sebanyak itu, jika selepas 6 bulan pertama kerja sudah terpaksa membayar hutang pada kadar RM400 sebulan.

Saya wujudkan satu situasi:

1) Purata pelajar lepasa ijazah mendapat gaji awal kira-kira RM2300 (itupun sekiranya bernasib baik beroleh kerja yang sesuai dengan ijazah).
2) Berikut perbelanjaan sebulan (bujang). Sewa rumah - RM300. Ansuran kereta - RM500. Belanja dapur - RM400. Belanja minyak kenderaan dan tol - RM300. Belanja makan di pejabat - RM200. Bayaran hutang pinjaman pendidikan - RM400. Jumlah = RM2,100.00. Baki - RM200.



Ini adalah kadar pukul rata. Jika benar matematika tersebut, maka untuk setahun individu itu hanya mampu menyimpan sebanyak RM1,200.00 dengan karrier asasnya. Bagaimana jika harga minyak naik? Harga barangan naik? Membeli rumah jauh sekali. Sudahlah harga rumah sekarang seperti tidak masuk akal. Hampir setengah sejuta sedangkan rumah tidaklah bertanah.

Terdapat banyak kesan susulan daripada masalah ini. Pada sudut ekonomi saya boleh kongsikan seperti berikut:

Akibat untuk memenuhi fitrah, individu itu akan cenderung melakukan kerja sambilan, di luar waktu kerja asasnya. Kesan sampingannya ialah kurang produktiviti dalam karrier asas. Bagi yang bertugas sebagai penjawat awam, ia mendatangkan persepsi negatif yang berterusan kepada Jabatan Kerajaan. Kepada penjawat swasta, tiada kualiti bermakna ditendang pergi.

Naud'zubillah. Ada juga yang mengambil inisiatif terlibat dengan pelbagai perkara haram semata untuk menambah pendapatan. Rasuah, tikam belakang rakan sepejabat, penipuan kontrak dan sebagainya.

Dari sudut sosial pula mungkin:

Meningkatkan tahap stress individu kerana tidak punya masa untuk beristirehat. Penglibatan dalam alternatif tidak sihat seperti rasuah dan penipuan juga memberi impak negatif dengan tiadanya output efektif atas servis untuk masyarakat.

Bagi yang kurang bernasib baik, tidak mendapat kerja walaupun telah 2 tahun mencuba, berkemungkinan cenderung terlibat dengan jenayah. Institusi kekeluargaan juga akan terkubur dek kerana ini.

Terlalu banyak kesan yang tidak diingini kesan daripada berhutang secara mampannya.

Apa yang saya nyatakan bukanlah bermakna saya tidak berpuas hati dengan polisi kewangan yang telah membantu saya memperoleh diploma dan ijazah. Saya tidak menyalahkan PTPTN. Kerana keluarga saya bukan dari golongan yang berkemampuan, maka saya memilih PTPTN untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas pendidikan peringkat menengah. Terima kasih kepada PTPTN kerana dengan bantuannya, saya dapat menamatkan diploma dan ijazah dengan baik. Saya juga tidak menuding jari menyatakan yang PTPTN adalah punca utama semua itu berlaku. Ia sekadar membuka mata bahawa beban hutang pendidikan mampu memberikan kesan yang sangat luar biasa dalam kehidupan individu. Setidak-tidaknya, jumlah RM400 sebulan itu boleh saya asingkan untuk pelbagai perbelanjaan lain.

Jika boleh kerajaan menetapkan polisi win-win situation kepada semua peminjam PTPTN, pastinya ia membuatkan semua orang senyum lebar. Walaupun seperti fantasi tetapi kekadang saya terfikir. Menariknya jika peminjam PTPTN juga diikat dengan salah satu agensi kerajaan @ badan berkanun yang khusus menawarkan peluang pekerjaan sebagai galang ganti pinjamannya itu.

Saya yakin, setiap hamba itu telah ditentukan rezekinya oleh Allah s.w.t. Akan tetapi kita diberikan akal dan kebijaksanaan untuk menentu laluan terbaik yang hendak kita tempuh. Jadi, kepada semua bakal ibu dan bapa mulalah menyimpan untuk kepentingan pendidikan anak-anak anda dari sekarang. Jika tidak banyak, sedikit pun jadilah. Jangan wariskan hutang pendidikan kepada mereka dengan alasan ijazah dan diploma itu adalah milik mereka. Buat semua peminjam PTPTN yang sudah mula berkerjaya, jangan lupa menjelaskan hutang anda kepada PTPTN. Apapun ketidakpuashatian di dalam benak anda, anda tetap seorang penghutang dan wajib hukumnya menjelaskan hutang tersebut. Jangan dianiaya generasi akan datang dengan lari dari membayar hutang kerana ia mungkin memberi impak lain pada masa akan datang.

Sebagaimana saya memulakan penulisan ini, begitu juga saya akan menamatkannya. Saya persilakan parti-parti politik untuk terus memainkan isu PTPTN bagi menarik undi golongan remaja. Moga Malaysia dan segala isinya akan punya peluang untuk terus maju pada masa akan datang, dala semua aspek. Baik sahsiah, ekonomi, pendidikan dan kepemimpinan.

*Jadilah individu yang mencipta kerjaya sendiri untuk menangani masalah ini. Wallahua'lam...

Tuesday, September 28, 2010

Hadiah Hari Lahir

Seketika saya berfikir sejenak. Sudah 7 bulan 23 hari saya di bumi Adelaide. Sepanjang tempoh waktu itu, perbandingan antara hakikat saya hari ini dengan sejarah saya semalam berbeza dari tafsiran zahirnya, tetapi sama dari terjemahan isinya. Saya yakin, hakikat hari ini dengan perjuangan esok hari tetap sama – membentuk hadiah untuk diri sendiri.

Saban hari, kita membuka lembaran baru. Meniti masa itu juga membuktikan kita semakin tua. Semalam adalah sejarah, hari ini adalah hakikat yang pasti, esok adalah cita-cita yang akan kita perjuangkan.

Semasa kita kecil, di hari ulangtahun kelahiran kekadang ada yang bernasib baik, beroleh pelbagai hadiah dari saudara-mara terdekat, kawan-kawan rapat. Saya tak nafikan yang saya sendiri pernah beroleh hadiah dari mereka yang dinyatakan. Memang bahagia dan menggembirakan, disambut, diraikan dan beroleh hadiah. Seingat saya hadiah terakhir dari tangan ibu adalah kuih donut coklat. Cukup indah, dan nikmat. Selepas itu, tiada lagi hadiah secara material yang saya terima dari orang lain.

Apabila dewasa, mentaliti mengharapkan hadiah kini telah saya terjemahkan dalam definasi yang sedikit berbeza. Daripada menanti hadiah, saya kini mencari dan membentuk hadiah untuk diri sendiri. Hadiah pertama untuk diri saya, dari diri saya sendiri adalah ‘derma darah kali pertama’ pada usia 19 tahun, tangga umur yang mula melayakkan seseorang untuk menderma. Hadiah seterusnya yang amat bermakna apabila berjaya menamatkan pengajian pengajian di peringkat Bacelor di UPM pada tahun 2008. Alhamdulillah, secara rasminya saya berjaya menamatkan pengajian pada tarikh 19 Disember 2008, tarikh menamatkan pengajian yang sama dengan tarikh lahir saya. Syukur juga saya diberi peluang oleh Allah berjaya memperoleh keputusan yang agak memuaskan. Itulah hadiah yang saya bentuk selama hampir 30 bulan untuk diri sendiri.

Sekali lagi saya membuka lembaran baru. Setelah 3 peringkat perjalanan, kini agenda hidup makin mencabar. Saya sedar, semakin usia meningkat semakin kita dipertanggungjawabkan dengan pelbagai perkara.

Pada saya, bertambahnya tanggungjawab bererti bertambah kasih Allah pada kita. Cuma bagaimana kita memanfaatkan peluang kasih saying yang Allah berikan pada kita? Firman Allah s.w.t yang memberi maksud:

Bismillahirrohmanirrohim..

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus..."

Terjemahan surah At Tiin, 95:1 – 6.

Alhamdulillah, sehingga kini saya dikurniakan pelbagai nikmat oleh Allah. Pancaindera, kesihatan, kemampuan berfikir, kebolehan berlari, keupayaan membezakan baik dan buruk, Islam dan pelbagai lagi nikmat yang tak kunjung tiba. Dengan kelebihan, kelengkapan nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan pada saya, saya mampu bergelar juga dilayan sebagai manusia. Alhamdulillah, sujud sepanjang hayat juga tak mampu membalas semua nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada saya, hambaNya yang serba dhaif.

Sehingga kini juga, Allah masih mengizinkan saya membuka lembaran baru setiap hari. Saya masih bernafas apabila celik di awal pagi. Saya masih punya deria sentuh dan sejuk apabila jasad ini dibasahi wudhu’ untuk mengerjakan solat subuh. Dan saya masih punya kekuatan untuk menunaikan ibadat kepadaNya. Sekali lagi saya panjatkan syukur kepada Allah s.w.t.

Setiap hari juga saya berdoa, semoga saya dan setiap muslimin muslimat di muka bumi Allah ini terus diberikan bimbingan dan petunjuk hidayah olehNya dalam menghadapi segala ketentuan qada’ dan qadar.

Meneruskan perjuangan hari ini dan esok hari juga satu ibadat. Kejarlah kebahagiaan, kecemerlangan, kaya budi dan akhlaq. Bentuklah diri dengan akhlak Al Quran dan sifat-sifat mahmudah. Tuntutlah ilmu sebaiknya kerana buahnya akan kita pungut pada masa kelak. Hargailah ibu-bapa selagi kita berpeluang. Carilah teman seperjuangan yang boleh mendekatkan kita kepada Allah dalam kita meneruskan jihad setiap hari. Hindarilah membuang masa dan mencari hiburan. Dengan itu saya yakin di penghujung jalan, di penghujung usia, itulah hadiah yang amat bermakna untuk setiap dari kita yang bergelar manusia, khususnya apabila bertemu denganNya.

Jadi, persiapkanlah semampu kita menyediakan hadiah terbaik untuk diri sendiri. Hadiah yang kekal kesannya, bukan hanya seketika kita di usia 14, 23, 37, 46 mahupun 51. Bentuklah hadiah yang kekal hingga ke dunia sana. Dalam membentuk hadiah itu, kita punya kuasa dan hak memilih yang mana jalan terbaik beroleh hadiah. Jika pun kita tak punya hadiah sewajarnya di usia ini, yakinlah bahawa Allah menyediakan pelbagai lagi hadiah untuk kita di dunia sana.

Wallahua’lam. Hanya kepada Allah s.w.t. kita berserah.

29 September - Selamat hari lahir diucapkan kepada sesiapa yang lahir pada tarikh ini. Semoga sentiasa berada di bawah lindungan dan naungan Allah, bahagia bersama keluarga tercinta, berjaya mencapai apa yang dicita-citakan. Amin...

Bumi Allah

Tuesday, September 21, 2010

Terapi Alam

Saya tertarik apabila membaca salah satu akhbar online Malaysia. Ia menceritakan bagaimana Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin amat berminat dengan rawatan terapuetik menggunakan kuda bagi mengatasi pelbagai masalah 'dalaman' seseorang itu. Ia merangkumi juga masalah kecerdasan minda.

"Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih.... Al-An'aam (8:142)"

"Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami, lalu mereka memilikinya? Dan kami jinakkan dia unutk kegunaan mereka; aka sebahagian daripada mereka menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan. Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?... Yaa Sin (23:71-73)"

Memandangkan kuda itu sendiri adalah satu elemen alam sekitar ciptaan Allah, ia berjaya menarik minat saya untuk berkongsi sedikit pandangan saya.

Sebenarnya elemen alam sekitar ciptaan Allah ini begitu luas manfaatnya sepertimana yang dijelaskan di dalam Al-Furqan. Tidak wajar kita melihat sayur-sayuran hanya menyediakan kita vitamin dan zat untuk kesihatan badan. Sama juga dengan batu hanya sebagai medium untuk kita bina bangunan. Banyak lagi kelebihannya yang boleh diteroka untuk kesejahteraan masyarakat secara total.

Berkisarkan tentang rawatan terapeutik, saya amat mengesyorkan ianya diketengahkan di Malaysia. Jika dalam hal pengalaman Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tentang kuda, saya cadangkan pula landskap alam sekitar.

Umum sudah mengetahui landskap yang cantik amat seronok untuk dipandang. Akan tetapi ramai yang tidak sedar bahawa selain Al Quran, sebenarnya landskap yang lengkap dengan 'equipment alam sekitar' mampu menjadi ubat yang berkesan menangani 'sakit di dalam jiwa'.

Khusus di persekitaran bandar, pelbagai 'small green patches' boleh kita temui. Bermula dari taman mini di halaman rumah, koridor hijau di sepanjang jalan raya, 'pocket park' dan 'green hub' antara landskap yang dilengkap dengan elemen alam sekitar ini. Dalam ruang lingkup komuniti, ia juga diyakini menjadi medium yang sangat berkesan untuk meningkatkan kualiti sosial. Manusia melawat taman, memiliki taman-taman mini di halaman rumah kerana mereka ingin berehat, keluar dari kesibukan kota.

Banyak kajian saintifik yang telah membuktikan yang landskap alam sekitar ini mampu membantu emosi, psikologi dan minda kita. Kawasan seumpama ini mampu membantu emosi dan psikologi manusia seraya meningkatkan taraf kualiti hidup. Bagaimana ia dibuktikan mampu meningkatkan taraf kualiti hidup? Ini dibuktikan melalui bagaimana berehat dari kesibukan, berhenti seketika dari rutin harian mampu membolehkan emosi dan psikologi manusia itu mencapai tahap keseimbangan setara di dalam jiwa mereka (Chiesura, A 2004 dalam The Role of Urban Park to Sustainable City).

Dengan ini, minda mereka tidak hanya ligat berfikir mengenai kesibukan tanggungjawab di pejabat,keperluan untuk membayar hutang mahupun tekanan tersekat di tengah-tengah kesibukan jalan raya. Ruang kosong ini bolehlah ditafsir sebagai medan mencapai keseimbangan. Keseimbangan ini diisi dengan rasa kelegaan seterusnya mendorong ‘spiritual’ mereka untuk kembali bermotivasi dan mencari alternatif-alternatif baharu bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Perkembangan positif ini hanya dapat dicapai jika minda diberi ruang untuk berehat seketika.

Demikianlah bagaimana alam sekitar membantu kita membentuk peribadi yang lebih stabil. Bukan sahaja landskap yang dibentuk di kawasan bandar-bandar, bahkan juga landskap di hutan belantara. Sebab itulah Allah memerintahkan hamba-hambaNya untuk sentiasa meneroka keajaiban alam dan berfikir atas setiap yang dikurniakan pada kita. Juga, perlunya kita terus meneroka kelebihan ini supaya kita dapat terus menjadi seorang hamba yang bersyukur.

Wallahua'lam.

Thursday, September 16, 2010

Buat sesuatu biarlah berpada-pada

Cuepacs mencadangkan agar tempoh persaraan bagi kakitangan awam dilanjutkan sehingga seorang itu berumur 60 tahun.

Saya tahu dan faham benar ramai rakan graduan akan merungut. Jadi tiada apa yang saya rasa untuk saya ulaskan di sini.

Saya lebih berminat melihat perkembangan dari sudut sosial masyarakat. Walaupun secara hypothetical, apa yang saya nyatakan ini juga hasil perbualan dengan mereka yang lebih berusia dan juga hasil pemerhatian yang serba dhaif.

Apa akan berlaku apabila umur persaraan ditingkatkan lagi sehingga ke umur 60 tahun:

1) Warga emas akan lebih banyak meluangkan masa dengan kesibukan jalanraya dan waktu di pejabat daripada bermain dengan anak cucu dan keluarga. Kesibukan ini mengekang dari mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
2) Membuka banyak lagi kelemahan institusi kemasyarakatan. Masa yang diperuntukkan untuk ke pejabat dah menutup ruang untuk perkembangan komuniti bagi tahap umur warga emas. Sudahlah orang muda sukar hendak bersama masyarakat, tambah parah bila warga tua pun mengambil alternatif yang sama seperti orang muda. Mengelak dari aktiviti kemasyarakatan.
3) Tekanan mental meningkat seraya masih lagi perlu memikirkan pelbagai tanggungjawab kerja walaupun sudah berumur 58 tahun.
4) Produktiviti kerja?
5) Mewujudkan suasana tidak berpuas hati dengan apa yang ada. Umur 40, masih lagi berfikir nak buat loan dengan bank sebab masih berpotensi untuk berbuat demikian. Manakan tidak, masa dah bertambah. Kalau loan untuk perkara-perkara mustahak dan perlu, tak mengapa. Tapi kalau loan untuk menukar kereta dan rumah? Akibatnya, suasana berhutang terus hidup dalam masyarakat.

Mungkin banyak lagi. Ini sekadar pandangan jumud dan sekali imbas selepas selesai solat subuh tadi. Almaklumlah, saya bukanlah penganalisis masyarakat.

Sungguhpun cadangan Cuepacs adalah opsyen bagi setiap kakitangan awam, saya tetap berpendirian yang cadangan itu tidak wajar.

Memang benar yang ada hadith nabi Muhammad sallallahualaihiwassalam mengingatkan kita agar bekerja seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi. Tidak lupa yang bekerja juga merupakan satu ibadah, jika benar niat, tujuan dan caranya. Saya rasakan, sebilangan besar dari mereka yang memilih opsyen ini (sekiranya cadangan kurang masuk akal ini diterima) adalah dari golongan yang suka makan gaji buta, yang ingin menghabiskan hutang pinjaman dengan bank, yang tidak gemar bersama keluarga dan yang tidak merancang hari tua dengan baik.

Bekerja biarlah berpada-pada. Defisit tenaga sejajar dengan umur, dan wajar juga kita manfaatkan tenaga yang semakin menyusut dengan 'perkara yang lebih sesuai'. Mengapa tidak pengalaman yang ada pada setiap warga tua ini diterjemah dalam bentuk penulisan? Kalaupun ada kelompok yang gemarkan komitmen khusus, mengapa tidak memilih saluran NGO dan juga badan-badan sukarelawan mengikut bidang yang sesuai?

Saya bukan menafikan kehebatan warga emas dengan pernyataan saya ini. Secara peribadinya saya rasakan zaman sekarang kurang sesuai untuk diimplementasi sebegitu. Lagipun apa yang saya zahirkan juga kerana saya tidak mahu menjadi orang tua yang masih bekerja walaupun saya telah berumur 60 tahun kelak. Itupun kalau Allah s.w.t beri rezeki umur 60 tahun pada saya.

Buat golongan muda, mungkin juga cadangan ini timbul kerana generasi lama tidak yakin dengan kemampuan anda. Jadi, buktikanlah yang golongan muda mampu melakukannya.

Monday, September 13, 2010

Jaga Anak Cucu daripada Sampah

Pada satu tarikh yang telah saya lupa, satu akhbar tempatan (Berita Harian) memberi satu statistik umum yang rakyat di ibukota terkenal negara ini (Kuala Lumpur) menghasilkan secara purata 9000 tan sampah sisa pejal berupa sisa makanan dalam tempoh sehari. Maklumat ini diperolehi pada bulan Ramadhan 1431 Hijrah yang lalu. Jumlah tersebut mewakili kira-kira 45 peratus daripada 20,000 tan sisa pepejal atau sampah dihasilkan sehari di seluruh Malaysia.

Akhbar juga melaporkan yang situasi ini menunjukkan masyarakat di ibukota Kuala Lumpur rata-ratanya suka membazir dengan membuang makanan walaupun masih elok untuk dijamu. Natijahnya - jumlah sampah terpaksa dilupuskan di tapak pelupusan sisa pepejal meningkat, selain membawa kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia berhampiran tapak pelupusan. Sedangkan jumlah sampah yang sedikit dapat mengurangkan kos pengurusan sisa pejal seperti sisa makanan. Peruntukan untuk pengurusan ini bolehlah digunakan untuk kepentingan lain. Ini apa yang dilaporkan akhbar.

Apa yang berlaku, tafsiran saya secara langsungnya purata rakyat di Malaysia mempunyai kemampuan kewangan yang baik untuk membeli makanan.

Secara tidak langsungnya, rakyat di Malaysia semakin suka mengamalkan sikap membazir, cenderung memilih gaya hidup mewah, memilih makanan yang lebih membawa masalah kesihatan, rendah fahaman agama Islam (tidak mengamalkan gaya hidup Islam sebaiknya), dan tiada kesedaran tentang kepentingan alam sekitar.

Agak keras tapi itulah realitinya.

Sebagai seorang pencinta alam, saya melihat ini sebagai satu perkara yang sangat serius. Manakan tidak. 9000 tan sisa pejal yang dibuang untuk sehari memang mendatangkan masalah untuk dilupuskan semula. Di mana lokasi yang sesuai untuk dibuang kesemua sisa ini? Memang, sisa makanan agak sukar untuk dikitar semula. Tambahan dengan sistem kitar semula yang masih di takuk 'pengenalan' di Malaysia (mengikut persepsi penerimaan masyarakat). Akan tetapi angka yang ditunjukkan agak mendukacitakan. Tambah dukacita, perangkaan ini dibuat ketika Ramadhan. Bayangkan ketika Aidilfitri.

Ini bukan hanya tentang kitar semula tapi juga isu penggunaan sumber secara tidak berhemah. Tahukah kita semua, dengan membazir makanan kita bukan sahaja membazir makanan itu sahaja? Akan tetapi juga membazir sumber lain. Kita bermewah membazir sedangkan rakyat di beberapa daerah di Pakistan dan Palestin kekurangan makanan.

Saya berikan contoh pada kadar minimum. Sekiranya sebuah keluarga membazirkan 1 ekor ikan masak kicap, membuangnya ke dalam tong sampah. Sebenarnya yang dibuang bukan hanya sisa makanan/sisa pejal. Turut sama ikut ke dalam tong sampah adalah minyak masak, bawang, cili merah, air dan soya (kicap).

Memang lucu dan berbunyi sedikit cerewet tapi itulah hakikatnya. Jika 50 buah rumah melakukan perkara yang sama, boleh kita bayangkan berapakah jumlah pembaziran sumber yang akan dihasilkan.

Amalan berjimat dan berbelanja seadanya mengikut keperluan amatlah perlu. Sekiranya berbaki dan bersisa, gunakanlah saluran yang betul untuk membuat kitar semula. Saya sendiri bukanlah seorang yang benar-benar efektif dalam mengasingkan setiap sisa dan sampah yang saya hasilkan. Justeru untuk mengurangkan impak terhadap alam, saya menggunakan setiap sumber secara berhemah. Makan apa yang diinginkan sahaja, dan mengikut keperluan. Setiap apa yang ada, dihabiskan dan tidak pula dibazirkan. Bukan apa. Kita tidak mahu anak cucu kita pada 20 tahun akan datang diam di atas longgokan sampah yang tidak terkira banyaknya.

Satu perumpamaan. National Geographic dalam websitenya menyatakan yang Pemanasan Global tidak boleh dihentikan, akan tetapi prosesnya boleh diperlahankan. Saya merasakan hal ehwal sampah sarap ini juga sama. Kita tidak boleh berhenti menghasilkan sampah. Sedangkan sisa dalam badan kita pun layak digelar sampah. Akan tetapi kita boleh memperlahankan prosesnya.

Cukuplah kita perturunkan pelbagai masalah kecelaruan agama, ekonomi, politik, perkauman dan peluang kerjaya kepada anak cucu kita. Setidak-tidaknya kita hendaklah berusaha menyelamatkan mereka daripada sampah. Jika tidak, jangan salahkan mereka kalau satu hari nanti mereka melihat kita sebagai sampah masyarakat, yang hanya tahu mewariskan pelbagai masalah, bukannya kebaikan kepada mereka.

Sunday, September 12, 2010

Syawal 1431 Hijrah

Hampir berlalu 3 Syawal 1431 Hijrah. Lembaran baru esok hari pastinya penuh tanda tanya. Esok juga bermakna genap 7 bulan di bumi Australia ini.

Tentang Syawal, tiada apa bezanya ketika di Malaysia. Tiada yang luar biasa. Tiada rendang Kangaroo, tiada kuah lodeh dengan daging koala. Bahkan semua itu bukanlah istimewa, kerana setiap Syawal itu istimewa walau di mana lokasinya. Kelainannya ialah, terpaksa menyediakan hampir 70% masa untuk menyelesaikan tugasan akademik sedangkan kalau di tanah air, seminggu sebelum Aidilfitri sudah mula bercuti. Hampir mabuk dan hilang upaya kerana segenap masa memerah otak menyelesaikan tugasan.

Terkesan apabila melihat berita di negara lain. Beberapa daerah di Pakistan dirundung malang ujian dari Allah, saya tidak berhak berdukacita hanya kerana berjauhan dari keluarga tercinta. Kerana di sini adalah keluarga saya. Saya masih mampu menjamu selera dengan pelbagai juadah, masih mampu bergembira berziarah sesama rakan taulan, masih mampu memenuhi undangan Mayor Adelaide, masih mampu turut sama dalam majlis jamuan hari lahir anak kepada rakan rapat di sini, masih mampu menelefon keluarga di Malaysia, menggunakan internet melayari pelbagai website, masih mampu menunaikan solat dan beribadah kepadaNya tanpa sedikit pun rasa gusar dan tidak selesa.

Alhamdulillah kerana diberikan nikmat ini. Semoga Allah terus melindungi semua muslimin muslimat dari segala bencana. Tiap apa yang berlaku sama ada itu nikmat atau bencana, ia adalah ujian dari Allah. Seperti awalnya, esok adalah lembaran muka surat yang baru. Saya sedang menetapkan niat untuk berbuat yang terbaik.

*Cuma kekadang saya risau, jika keluarga di tanah air terlalu bimbangkan saya.

Wallahua'lam...

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran

Saya sedang mendengar Takbir Raya sekarang. Secara tak langsungnya, hati saya perlahan-lahan turut sama mengalunkan zikir itu di dalam hati.



Syukur, Allah telah memberikan saya bermacam-macam nikmat selama saya hidup.
Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah, Allah Maha Besar, dan tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.

Selamat menyambut Aidilfitri 1431 Hijrah. Dari lubuk hati ini, saya memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap, dunia akhirat. Semoga kita terus diberi kekuatan oleh Allah Yang Maha Esa untuk meneruskan tarbiyyah Ramadhan pada bulan-bulan yang lain dan semoga kita ditemukan semula dengan Ramadhan tahun yang akan datang. Moga kejayaan tahun ini disambut penuh meriah dan penuh makna dalam Aidilfitri.

Wassalam...

Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan yang dulu...

Syawal semakin menghampiri, dengan Ramadhan insyaAllah bakal melabuhkan tirainya untuk tahun hijrah kali ini sehari lagi. Semua muslimin dan muslimat sudah mula sibuk dengan persiapan Aidilfitri. Tidak asing lagi, suasan jalan raya di kota raya yang lengang kerana semakin ramai meninggalkan hutan batu ini kembali ke kampung halaman masing-masing (walaupun kini sudah semakin ramai orang berkampung bandar).

Dengan ini, semakin hampir juga tempoh masa sebulan yang saya luangkan untuk Ramadhan tanpa ibu bapa. Bukan kerana saya anak manja yang perlukan belaian manja, cuma terasa janggal tidak bersama mereka tahun ini sepanjang bulan barakah.

Ketika saya kecil, ayah saya sering mengingatkan saya supaya tidak lupa untuk niat berpuasa. Seringkali juga dia yang menjadi reminder kepada dua anak terunanya yang berapa hari telah berlalu.

Ibu saya pula, sememangnya seorang tukang masak yang sangat mahir. Bukan kerana dia sangat hebat memasak, tapi kerana dia paling arif tentang selok-belok perasa makanan yang digemari setiap ahli keluarganya. Oleh sebab itulah ibu saya berjaya membuatkan saya menghabiskan sekurang-kurangnya 3 pinggan nasi untuk santapan ketika bersahur.

Abang saya pula, tak dinafi waktu kecil saya semtiasa di belakangnya. Ke masjid untuk bermain mercun, bermain sembunyi-sembunyi, meletupkan mercun di depan rumah orang, dan macam-macam lagi. Semuanya dikepalai oleh dia. Tak lupa, dia juga yang pastinya orang pertama akan berundur dan mengalah sekiranya kami berebutkan sesuatu perkara. Samalah juga seperti makanan.

Adik-adik saya, mungkin kerana ketika itu saya semakin membesar usia, maka mereka pula yang disajikan didikan serupa oleh ibu dan ayah untuk menghadapi Ramadhan. Ingatan supaya jemaah subuh di surau, mengaji dan tidak meninggalkan terawih terus lekat di telinga saya walaupun saya bukanlah audien utama kali ini.

Banyak lagi sebenarnya kalau diikutkan. Takkan cukup kisah lebih 20 tahun untuk diceritakan dalam satu lembaran.

Kali ini ia tiada. Semua itu tiada. Saya tersenyum sendiri mengenangkan semua itu. Sedar benar yang masanya semakin tiba, satu hari nanti, saya pula yang akan mengambil peranan menyampai, mengalah dan mendidik.

Itulah rezeki Ramadhan. Bukan hanya rezeki yang mampu dizahirkan, tapi juga apa yang tersirat disebaliknya. Memori dan didikan Ramadhan, benar-benar dirindui.

Saya semakin merasainya........

Thursday, September 2, 2010

Selepas Ogos dan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya bersedih, terasa hiba secara tiba-tiba. Setelah saya amati, rupanya sehingga kini saya amat merindukan suasana Ramadhan bersama keluarga. Telah agak lama rupanya saya tidak mengucup tangan ayah dan ibu, lebih-lebih lagi ketika selepas solat dan waktu awal pagi ketika semua hendak bertolak pergi ke pejabat. Saya juga terlepas sesi berbuka bersama keluarga, yang mana saya sifatkan sebagai waktu yang sangat-sangat bahagia dalam hidup. Sehingga hari ini, Ramadhan pula semakin meninggalkan saya, dan kita Umat Muhammad sallallahualaihiwassalam.

Disambut seiring dengan sambutan kemerdekaan Malaysia, saya yakin sebenarnya tiada kemerdekaan yang mutlak di dalam hidup seorang Muslim. Sungguhpun kita merdeka, akan tetapi kita akan terus diperhati oleh Allah Yang Maha Kuasa. Selepas Ramadhan juga, kita akan kembali diekori syaitan-syaitan yang kembali dibebaskan oleh Allah s.w.t. Kebebasan dari dihasut makhluk hina ini kembali ditarik semula. Sedangkan kita juga tidak pernah bebas dari ikatan nafsu yang sentiasa merantai diri, tak kira di bulan Ramadhan mahupun di bulan kemerdekaan.

Dalam usia akhir Ramadhan ini, saya cuma mengharapkan yang saya diberi kesempatan lagi oleh Allah s.w.t. untuk bertemu semula dengannya tahun yang akan datang. Semoga juga saya diberi kesempatan untuk menyambutnya bersama dengan keluarga tercinta.

Saya percaya, kesedihan hari ini diberi oleh Allah agar saya menjadi lebih kuat dan sentiasa berusaha mendekatkan diri kepadaNya.

Wassalam...

Sunday, August 29, 2010

Antara Benda Paling Mahal di Dunia

Maklumat amat memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk sebuah komuniti. Pernah dengar istilah yang berbunyi "Maklumat itu adalah antara perkara yang paling mahal di dunia"..?

Benar, saya yakin yang maklumat adalah perkara paling mahal di dunia.

Maklumat disebarkan oleh medium khusus penyampainya - media. Pihak media (akhbar, internet, blog, berita) adalah medium yang sangat efektif untuk menyampaikan maklumat. Tiap apa yang disiarkan, yang dinyatakan, akan menjadi buah mulut, mendapat perhatian semua pihak yang dijamu dengannya. Zaman ini, kita tidak boleh lari daripada mendapat tempias maklumat yang disampaikan oleh semua medium ini. Daripada tidak tahu apa-apa, kita akan tahu. Daripada tahu sedikit, kita akan berkehendakkan tahu banyak. Daripada tahu banyak itu, kita akan sebarkan. Bahkan juga sentiasa terjadi walaupun hanya tahu sedikit kita sudah mahu menyebarkan setiap apa yang kita tahu.

Pokok persoalannya, adakah apa yang disampaikan itu benar?

Saya berbual dengan salah seorang penuntut PhD dalam bidang kejuruteraan di sini, yang berasal dari German. Apa yang dsebutnya menarik perhatian saya.

Medium penyampai maklumat ini bukanlah menyiarkan berita, menyampaikan maklumat yang benar-benar sensai. Jauh lagi daripada mengetengahkan isu yang sepatutnya, yang relevan. Akan tetapi, sebenarnya medialah yang mewujudkan sesuatu berita itu sensai, sesuatu cerita, sesuatu kisah, sesuatu maklumat itu seakan-akan benar, hebat, luar biasa dan wajib diberi perhatian total.

Daripada satu kisah yang minor, ulangannya di dada akhbar, liputannya di kaca TV menyebabkan semua orang melihatkan ianya hebat dan sensasi. Walaupun ada segelintir daripada kita mampu membezakan bahawa maklumat yang disampaikan itu bukanlah segah mana, akan tetapi pada akhirnya media berjaya mengalihkan pandangan dan tumpuan kita daripada hal-hal yang lebih penting. Akhirnya secara separa sedar kita melihat hal lain yang lebih utama sebagai tidak penting. Kita akan semakin melupakannya.

Itu hal tentang mengalihkan perhatian masyarakat. Berkenaan hal benar atau tidak juga satu isu yang berat. Kekadang kerana terlalu menginginkan perhatian (mendapat jualan akhbar tertinggi etc), medium ini cenderung menyampaikan maklumat sensasi tanpa usul periksa. Lebih parah jika disengajakan menukar terma-terma ringkas tertentu hingga menyebabkan fahaman sesuatu hal itu terus berubah. Saya berikan contoh istilah 'ucapan' ditukar kepada 'tazkirah'. Dua perkataan ini memberi makna yang jauh berbeza. Akibatnya, fahaman pembaca terus beralih. Pembaca akan terus berimaginasi yang bukan-bukan mengikut fahaman mereka sendiri.

Mengalihkan perhatian dari yang lebih utama dan kecenderungan memberikan yang salah akhirnya akan membentuk satu masyarakat dengan norma yang baru. Kita kini bukanlah satu masyarakat yang mempunyai dasar budaya ilmu tetapi emosi. Semuanya terbentuk oleh media.

Menjadi kerisauan sekiranya pembentukan ini akan terus berlaku tanpa henti, yang mana kita akan terus-terusan menjadi hamba persepsi yang dikeluarkan oleh akhbar. Rumusan kita dalam sesuatu hal bukan lagi didasar oleh akal.

Sebab itu saya melihat yang "Maklumat itu adalah antara perkara yang paling mahal di dunia"...

Wallahua'lam....

Wednesday, August 25, 2010

Mari berbuka.....

Dalam bulan Ramadhan ini, ketika tersekat dalam kesesakan jalanraya, tersadai di tepi jalan sebab tayar bocor, di dalam kuliah yang hanya habis selepas jam 8, kita berfikir "Susahnya hendak berbuka. Alangkah bagus kalau sekarang di rumah. Tidak tersekat dalam kesesakan jalan ni, tak ada kuliah, tayar tak bermasalah. Boleh berbuka dengan senang hati."

Dalam penuh persoalan dan pengharapan hendak berbuka dengan suasana yang selesa, dengan juadah yang pelbagai dan enak, semua terlupa yang lebih utama adalah sempat mengerjakan solat maghrib dalam waktunya dan secara berjemaah.

Apa persoalan kita semasa menunggu waktu berbuka hari ini?

Sabar itu antara Senjata Mukmin

Golongan pendeta Yahudi pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad sallallahualaihiwassalam dan memberikan salam yang memberi erti "Matilah ke atas kamu wahai Muhammad".

Dan Baginda menjawab "Juga ke atas kamu".

Saidatina Aisyah r.a yang mendengar hal itu (salam orang Yahudi tersebut) berasa sangat marah dan menjawab yang bermaksud "Dan ke atas kamulah kematian dan juga laknat" (dengan penuh rasa marah dan kasar).

Mendengarkan hal itu, Baginda Muhammad sallallahualaihiwassalam menegur isterinya agar tidak berbuat demikian. Isteri Baginda Muhammad sallallahualaihiwassalam bertanya adakah baginda tidak mendengar hal itu. Maka dijelaskan oleh Baginda Muhammad sallallahualaihiwassalam "Sesungguhnya Allah suka jika kita berlemah lembut dan bijak dalam semua keadaan".

Wallahua'lam.

Bumi Allah


Thursday, August 12, 2010

Menghidupkan Norma Ramadhan "di Sini"

Hari kedua Ramadhan sedang berlalu.
Berlainan dengan Malaysia, tiada kedengaran putaran kaset mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di masjid-masjid.
Juga tiada bazaar Ramadhan.
Hanya ketika berselisih dengan Muslim lain, bolehlah bersenda gurau tentang puasa.
"Berbuka papa hari ni?"
"Engkau sahur pukul 10 pagi, memanglah segar."
"Lepas terawih tak ada moreh ke?"
"Pergi di Masjid tu lah, imamnya ekspress sikit."... Begitulah isu kalau bertemu sesama agama, sesama bahasa. Sekadar bergurau menghilangkan lesu dan mewujudkan suasana.
Tapi...
Memang berbeza.
Ramadhan tidak hidup.
Selama ini, Ramadhan ku di Malaysia hanya hidup kerana norma.
Kerana suasana.
Kerana orang lain berpuasa.
Kerana orang lain ke masjid.
Kerana orang lain membayar zakat fitrah.
Kini erti Ramadhan menjengah di depan mata.
Hidupkan lah Ramadhan tanpa norma, tanpa kebiasaan, dengan suasana yang asing.
Bangunlah bersahur, kerjakanlah terawih dan tahajjud, basahkanlah lidah dengan ayat-ayat suci Al-Quran, bersedeqahlah, kawal pemakanan, kawal penglihatan, kawal nafsu, menahan diri dari segalanya......
Kini Ramadhan dilakukan tanpa norma.
Semoga semua bertemu penghayatan Ramadhan.
Walaupun di mana kita berada, bila-bila masa kita bertemu dengannya - Ramadhan.
Kerana menghidupkan Ramadhan itu bukannya ketika berada di Malaysia, atau ketika di Australia, atau di mana sahaja.
Tapi menghidupkan Ramadhan itu di dalam hati.
Amin...

Sunday, August 1, 2010

Sosial dan Masyarakat: Dialog dengan Mak Cik

Baru-baru ini saya menziarahi Mak Cik, salah seorang jiran saya di sini. Mak Cik bukanlah warga Australia. Akan tetapi selepas dinikahkan dengan salah seorang warga Australia, Mak CIk berpindah ke negara Kanggaru ini. Mak Cik sebenarnya berada dekat sangat dengan Malaysia. Asalnya berjiran sungguh dengan kita - Malaysia. Memang kekadang saya akan luangkan masa menziarahi Mak Cik dan suaminya. Menemani warga tua banyak berkatnya. Itu didikan tak langsung yang ibu ayah saya berikan pada saya sejak kecil.

Perbualan kami berkisar makanan di Malaysia dan negara Mak Cik, sebabkan pada masa yang sama televisyen sedang menyiarkan sebuah rancangan yang mempromosi makanan di Malaysia. Almaklumlah, lama tak merasa ikan masin, petai, budu, pucuk paku dan ikan selar goreng umi, saya pantang melihat makanan Malaysia di televisyen. Sedang asyik bercerita perihal makanan, Mak Cik berkongsi tentang apa yang berlaku di negaranya. Mungkin keluarga Mak Cik di negara sana mustahil untuk mewakili semua populasi Melayu di situ akan tetapi saya rasa isinya tetap ada.

Setelah diringkaskan, ini antara isi dialog dengan Mak Cik:

1) “Anak saudara makcik tu tak kenal bulu ayam, macam mana rupa bentuk ayam. Mana taknya, pergi ke pasar semua dah dibelah. Yang ada Cuma bentuk paha, kepak, dada. Sebab tu tak kenal ayam macam mana.”

2) “Keluarga dia orang tak makan ulam-ulam ni. Satunya memanglah sebab tak sedap, yang duanya sebab tak diajar dari kecil makan sayur. Rupa ulam pun tak kenal. Yang dikenalnya dia orang kobis, sawi. Sayur-sayur yang macam tu lah.”

3) “Semua anak saudara Mak Cik tak nak ikut mak ayah pergi ziarah ke rumah orang. Kalau nak ikut pun, dia akan tanya ada komputer atau tidak, boleh main game di komputer di rumah tu atau tidak. Kalau tak boleh, pujuklah macam mana pun tetap dia orang tak nak pergi.”

4) “susah dah sekarang. Kalau ada nak buat majlis tahlil arwah, nak solat jenazah, nak buat apa-apa bacaan doa selamat mesti susah nak cari orang.”

5) “Yang paling bongsu tu, tak nak berjalan atas rumput walaupun berselipar. Kalau terpaksa pun mesti terjenkit-jengkit. Yelah, pijak tanah, bau lumpur pun tak pernah. Itulah jawapannya kenapa jijik nak berjalan atas rumput. Rumput di taman permainan kindergarden pun rumput plastik. Bukan rumput betul pun.”



6) “Buah rambutan mana nak dimakannya. Alasannya sebab leceh nak kena kopek kulit. Durian pun sama tak dimakan sebab bau busuk kata dia orang. Jadi kalau Mak Cik belikan buah-buah macam tu bawa balik ke dia orang, kenalah Mak Cik kopekkan kulitnya dulu, slice isi dalam mangkuk baru lah nak makan. Itu pun tak habis. Kalau durian tu memang Mak Cik makan sendiri-sendirilah.”

7) “Jadual seharian dia orang kalau bukan di sekolah menghadap komputer main game. Sampai berpuluh jam. Maknya sampaikan terpaksa buat jadual nak elak anak main game selalu. Itu pun tak makan saman.”

8) “Kawan-kawan anak buah Mak Cik tu yang dalam komputer lah. Dia orang tak keluar rumah main bola, jumpa orang.”

9) “Tak ada dah rojak macam dulu, letak sayur kangkung dalamnya. Yang diletaknya buah epal, pear. Memang dah lain sangat-sangat dah sekarang.”

10) “Macam itu lah hidup di negara bukan milik kita. Kene ikut cara dia orang. Kalau tak, kita ketinggalan memang nak makan pun susah. Itu yang ibu bapanya keje bagai nak mati, tak ada masa untuk tengok anak-anak lebih lagi.”

Ini antara keluhan yang disuarakan oleh Mak Cik pada saya dan rakan serumah semasa menziarahinya tentang perbezaan generasi. Menurut Mak Cik, semua ini berlaku dek kerana mengejar keperluan ekonomi dan mengejar kompetensi, asuhan dan perhatian pada anak-anak menjadi kurang. Manakala kemajuan dan teknologi yang dipuja-puja selama ini juga oleh kebanyakan kita saya lihat mendatangkan sesuatu yang lebih negatif tentang jatidiri seseorang. Kta sudah tidak kenal apa disekeliling kita. Lebih menakutkan jika kita sudah tidak mengenali siapa diri kita.

Saya lihat dan saya teliti, ada perkaitan antara pendedahan dengan alam sekitar dan juga sahsiah dan jatidiri seseorang. Kalau dulu kanak-kanak bermain lumpur bersama kawan-kawan. Di situ mereka kenal dan mengerti maksud persahabatan. Bergaduh, bergembira semuanya pada masa itu. Pada masa itu juga mereka secara tak langsung kenal akan ibu bapa rakan masing-masing. Dari perkenalan itu, mereka dijemput pergi menghadiri majlis tahlil, menolong kenduri dan sebagainya. Dari perkenalan itu juga, ibu bapa mereka dan ibu bapa rakan-rakan mereka ada alasan untuk lebih rapat. Mulalah bertukar lauk-pauk, menjemput minum petang, bersedeqah bila ada rezeki lebih dan sebagainya. Dari situ juga, adanya hubungan kemasyarakatn yang baik. Semuanya berlaku secara tidak langsung. Akan tetapi kini, rakan-rakan anak-anak kini semuanya secara maya. Mungkin mereka bangga kerana ada kawan dari Eropah, Mesir mahupun Kanada akan tetapi semuanya di dalam skrin. Kalaupun bertukar hadiah, juadah, semuanya secara maya (mungkin game di dalam FB misalannya).



Saya sendiri bukanlah orang yang luar biasa, benar-benar mengetahui susur galur darah daging saya. Bahkan saya yakin penulisan saya di sini banyak juga salah dan kesilapannya dari pelbagai segi. Saya juga bukanlah orang yang beruntung sepertimana ibu ayah saya dahulu. Saya tidak punya pengalaman sehebat mana, tidak merasa sesusah mana, tidak sempat merasa nikmat alam seperti umibaba. Saya juga generasi XYZ. Akan tetapi saya bersyukur kerana saya pernah dan berpeluang mandi banjir, panjat pokok langsat dan rambutan, kenal ulam dan sayur-sayuran, , kenal bau dan rupa tahi lembu, tahu makan umbut pisang, kenal rupa ayam dan lembu, pernah peluk kambing, tahu kupas kelapa tua, pernah merasa miang serai, gatal main longkang dan lombong, pernah berdarah digigit pacat dan lintah, pernah terpihak tahi ayam, tahu bermain gasing, ting-ting, batu seremban dan congkak buah getah (walaupun tak sehebat mana), pernah rosakkan pokok getah untuk menoreh, merasa pedih dan bisa digigit kerengga bilaman sarangnya jatuh atas kepala (gara-gara curi buah pelam pak cik Husin), tahu sejuknya tali air, merasa penat hidup dapur kayu, kacau dodol dan bakar lemang, menikmati rasanya telur belangkas bakar, merasa penat meredah gelumang lumpur sawah, melastik burung dan tupai, petik pucuk rebung, panjat pokok kelapa untuk dapatkan buah dan minum airnya dan merasa kepah bakar segar yang dikutip sendiri di pantai. Ini baru sedikit. Saya yakin dan saya tahu ramai di luar sana mempunyai 'pengalaman liar' yang lebih menarik dan luar biasa berbanding saya. Saya juga yakin dan saya tahu, saya tidak sempat untuk berkongsi apa yang saya rasakan, apa yang pernah saya alami kepada bakal anak-anak saya.

Apapun saya harap jatidiri dan sahsiah mereka, generasi akan datang tetap kukuh terbina. Kerana siapa lagi yang akan sambung ukhuwah fillah antara saya dan saudara-mara dan rakan taulan saya selepas saya pergi, uruskan jenazah saya, bacakan tahlil untuk saya kalau bukan anak-anak saya - generasi akan datang.

Thursday, July 29, 2010

Harga untuk Bernafas

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrohmanirrohim...

Setakat ini, konflik air sudah cukup menggerunkan semua pihak. Di Malaysia sahaja, perangkaan beberapa buah negeri akan mengalami konflik bekalan air bersih dalam masa terdekat sudah menggambarkan yang bumi kini semakin tenat.

Akan tetapi kini, permasalahan yang lebih berat bakal berlaku. Perkhidmatan percuma paling utama yang kita dapat selama ini dari alam sekitar berkemungkinan ditarik semula oleh Allah subhanahuwataa'la - Oksigen.

Peningkatan suhu air laut menjadi antara faktor yang mendorong kemerosotan populasi plankton di lautan. Untuk makluman, plankton (khususnya phytoplankton) menghasilkan kira-kira separuh jumlah oksigen yang digunakan oleh semua organisma bernafas di muka bumi ini.



Sekiranya kemerosotan populasi ini berterusan dan seperti yang dijangka, apakah yang akan berlaku pada masa akan datang? Apakah akan ada pihak akan menjalankan perniagaan menjual oksigen secara total, bukan sekadar di hospital untuk keperluan perubatan sahaja? Jika ada, apakah mekanisme yang sesuai? Ataupun, adakah kita akan dikenakan cas bulanan sepertimana bil air untuk oksigen pula? Kebiasaannya, perniagaan yang menggunakan produk keperluan dan terhad pasti amat laris. Lihat saja ketika menghampiri musim perayaan, isu gula semakin menjadi-jadi. Jadi saya kira, hal oksigen juga boleh didagangkan.

Saya rasa persoalannya bukan peluang perniagaan, akan tetapi bagaimana kita membaik pulih hal ini. Apakah prioriti kita? Meningkatkan aras kepanasan global (global warming) untuk kepentingan industri dan ekonomi sehingga menyusutkan populasi seperti plankton ini ataupun sebaliknya? Kerana keperluan untuk bernafas tidak boleh didagangkan.

Sebagai individu, apa yang boleh kita lakukan? Sama-samalah kita tentukan harga untuk kita bernafas pada masa akan datang dengan tindakan kita pada masa kini.

Saya bukan ahli yang sewajarnya untuk mentafsir dan menterjemah Al-Quran, akan tetapi berdasarkan fikiran yang serba jahil, saya rasa ayat 125 surah Al-An'Aam jelas menunjukkan azab siksanya jika kita tidak mampu bernafas...

Wallahua'lam...

(sumber: http://www.bbc.co.uk/news/science-environment-10781621)
*Sekiranya benar ada peluang untuk berniaga, silap saya kerana tidak mengumpul modal dari awal tahun 2005 walaupun telah dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh Dr Ebil Yusoff (UPM Serdang).

Wednesday, July 28, 2010

Hairy-nosed Otter ditemui semula di Malaysia

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana penemuan spesis memerang ini di Hutan Simpan Deramakot, Sabah. Berdasarkan pembacaan ringkas saya, kali terakhir memerang spesis ini ditemui di Malaysia ialah pada tahun 1997, setelah dkenal pasti oleh Burhanuddin Hj. Mohd. Nor (salah seorang pegawai PERHILITAN dan amat arif tentang hidupan dari famili Mustelidae ini). Itupun yang ditemui adalah individu yang telah mati.



Memerang secara umumnya tidak dilihat mampu memberi banyak sumbangan langsung kepada manusia akan tetapi ia merupakan seekor haiwan yang bertindak untuk mengawal keseimbangan ekosistem melalui pemangsaan. Memerang juga boleh dijadikan sebagai satu indikator tahap kebersihan air, di mana spesis ini hanya boleh mendiami kawasan dengan tahap kualiti air yang bersih.

Haiwan ini merupakan spesis yang sangat pemalu. Amat sukar untuk melihatnya dan peluang melihatnya secara semulajadi adalah satu peluang yang sangat luar biasa. Haiwan ini gemar bermain-main di kawasan air dan berpasir, mendapat cahaya matahari secara sederhana dan mempunyai bukaan kanopi hutan juga sederhana.

Ia gemar menggelongsor dari bahagian pasir (batu) ke dalam sungai @ laut. Kesan gelongsorannya boleh dilihat dengan ketara. Memerang juga menandakan kawasan permainannya dengan najisnya. Najis yang ditinggalkan oleh memerang mengeluarkan bau yang amat tengik, hancing dan juga hanyir. Sesuai dengan diet pemakanannya.

(Berikut adalah capaian terhadap bukti penemuan Memerang Hidung Berbulu/Hairy-nosed Otter di Hutan Simpan Deramakot, Sabah. - http://news.nationalgeographic.com/news/2010/07/photogalleries/100726-hairy-nosed-otter-borneo-camera-trap-deramakot-science-pictures/#borneo-camera-trap-hairy-nosed-otter-lutra-sumatrana_23953_600x450.jpg)

Tuesday, July 27, 2010

Ecological Footprint dan Kesederhanaan

Bismillahirrohmanirrohim...

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan pada pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang berlayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia;…… “ (ila akhirul ayat). Al-Baqarah:164.

Saya pergi ke Coles (salah sebuah pasaraya di negara Australia) hari ini dengan tujuan untuk membeli beberapa keperluan peribadi. Pada masa yang sama, saya turut menjengah ke ruangan sayur-sayuran untuk membeli sayur dan sepeket kurma. Bukan untuk persediaan Ramadhan tetapi hanya sebagai kudapan ketika terasa nak mengunyah. Asyik menjamu biskut sebagai pencuci mulut, bosan jugak. Lagipun biasalah, hidup membujang dan menyewa bersama kawan-kawan lain rutinnya kekadang bergilir-gilir membeli keperluan rumah. Kali ini, kebetulan tiba giliran saya mendapatkan bahan masakan segar. Selepas ini, mahu ke Afghan (kedai menjual daging sembelihan halal) pula.

Saya terus pulang ke rumah selepas selesai membeli barangan keperluan. Sebelum mengemas semua barang ke dalam rak, saya memerhatikan antara barangan yang telah saya beli.

1) Sepeket serbuk kopi.
2) Sepeket tomato dan lobak merah.
3) 1 kg bawang besar.
4) 3 kg paha ayam.

Saya berfikir sejenak, bagaimana manusia menilai kesemua barangan ini? Apakah medium yang digunakan untuk meletakkan harga bagi setiap unit produk? Saya bukan seorang pakar ekonomi, dan tidak juga seorang yang mahir tentang hal ehwal kepenggunaan, perihal ekonomi kapitalis ataupun sosialis mahupun dalam soal menentukan harga. Cuma saya tertarik dengan satu konsep – ‘Ecological Footprint’.

Sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata kita cuba untuk membuat sedikit penilaian. Berapakah jumlah sumber yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah produk? Sebagai contoh, berapa jumlah air yang diperlukan untuk membesarkan sebiji lobak, tomato dan bawang dan juga ayam untuk mendapatkan dagingnya? Berikut antara rumusannya.

Di Australia, purata sebanyak 2373 m³/tan air diperlukan sepanjang peringkat membesarkan ayam daging di ladang (http://www.waterfootprint.org/Reports/Report12.pdf) dan kira-kira 6800 liter air diperlukan untuk menghasilkan sumber makanan bagi 4 orang untuk hidangan dalam sehari (http://www.greenlivingtips.com/).*Suka untuk saya memberikan contoh penggunaan air memandangkan ia adalah sumber yang sangat prior dalam kehidupan seharian manusia.



Penggunaan air sebanyak ini pastinya mendatangkan impak negatif yang amat besar terhadap alam sekitar. Tambahan pula dengan permintaan terhadap makanan yang sedang meningkat. Statistik yang saya lihat memang mengejutkan akan tetapi hakikat ini tidak boleh dielakkan, kerana sememangnya Allah mencipta setiap benda di atas muka bumi ini untuk dimanfaatkan oleh manusia sepertimana firman Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:

“Kemudian setelah selesai sembahyang maka bertaburanlah kamu dimuka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing); dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu beroleh kesenangan(di dunia dan akhirat)”. Al-Jumuah:10.

Akan tetapi, bagi memenuhi keperluan Homo sapien, sejauh mana kita bertimbang rasa atas semua sumber yang lain?

Persoalan ini dipanjangkan ke definasi ‘Ecological Footprint’. Ia boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran atas kehendak manusia ke atas ekosistem bumi. Jumlah produktiviti biologi di darat dan laut diperlukan untuk menghasilkan semua sumber kepenggunaan populasi manusia secara global. Nilai kepenggunaan manusia pula diukur melalui cara hidup mereka, dalam konteks pemakanan, pengangkutan, pemakaian dan beberapa lagi yang berkaitan dengan penggunaan sumber.

Melalui konsep ini, dikatakan tidak mustahil untuk mengetahui anggaran berapakah ‘jumlah bumi yang diperlukan untuk memenuhi gaya hidup manusia’. Ia mampu mengukur ‘had daya tampung bumi’ untuk kegunaan manusia. Jika dikaitkan dengan contoh yang saya berikan, boleh kita teliti yang penghasilan makanan untuk rata-rata penghuni di bandar menyebabkan degradasi alam sekitar seperti kemerosotan jumlah air secara luar biasa, kawasan hutan terpaksa diratakan untuk menyediakan ruang meragut dan pelbagai lagi impak alam sekitar.

Sangat rumit jika dibahaskan secara keterlaluan. Saya sendiri baru sahaja diperkenalkan dengan konsep ini tidak lama dulu, justeru masih mempunyai kefahaman yang terbatas.

Apapun saya amat yakin, gaya hidup kita kini amat mempengaruhi apa yang diistilahkan sebagai ‘Ecological Footprint’. Penggunaan sumber dalam semua perkara dilihat sangat luar biasa. Rakyat Malaysia mampu memiliki buah-buahan yang hanya membesar di negara Kiwi, makan daging yang diternak di India, dan membeli baju yang dihasilkan di United Kingdom. Boleh diumpamakan yang kita tidak mampu hidup tanpa bantuan negara lain. Kita tidak mampu makan sepertimana sekarang sekiranya negara menghentikan ‘import’ kesemua barangan mentah yang berkaitan. Akan tetapi sedarkah kita berapa banyak impak negatif yang telah kita hasilkan untuk memperolehi sepinggan nasi atau sehelai baju?

Adakah manipulasi sumber lain yang menjadi penentu harga sesebuah produk? Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya bukan ahli ekonomi. Justeru jawapannya bukan pada saya. Saya ketengahkan persoalan penentuan harga ini untuk dikaitkan dengan satu lagi persoalan. Adakah harga yang kita bayar untuk membeli sesuatu produk itu berbaloi dengan pencemaran dan juga manipulasi sumber lain yang terlibat dengannya? Adakah harga RM2.70 untuk sebuku roti itu mampu untuk menggantikan jumlah air, tepung, telur, mentega, yis yang digunakan untuk menghasilkannya?

Acapkali kita berfikir, pulangan ekonomi itu untuk manusia. Akan tetapi, dimanakah pulangan ekonomi untuk keperluan alam sekitar? Sebagai individu, apa yang boleh kita buat untuk membantu alam sekitar bagi kesinambungan masa depan?



Assadourian (Worldwatch Institute) mencadangkan agar diamalkan penggunaan kitar semula, ‘biodegradable packaging’ dan tenaga yang boleh dikitar semula sebagai alternatif mengurangkan impak (http://news.nationalgeographic.com/news/2006/10/061013-footprint_2.html). Mengubah gaya hidup juga dilihat sebagai satu jalan yang sangat baik. Dari bermewah kita beralih arah supaya bersederhana.

Baginda Muhammad Sallallahualaihiwassalam bersabda yang bermaksud, “Sebaik-baik pekerjaan itu ialah yang pertengahan” (harap maaf kerana gagal menyediakan perawinya).

Masih dalam hal pemakanan, mengikut konteks agama Islam iaitu bersederhana. Sederhana bukan sahaja dituntut di dalam ibadat bahkan juga dalam semua cara kehidupan kita. ‘Islam is the way of life’. Islam menganjurkan agar menjaga pemakan kerana pada pemakanan itulah menentukan perkara-perkara lain. Kesihatan kita, kekuatan kita, bahkan juga ibadat kita. Berdasarkan idea yang faqir, saya rasakan menjaga pemakanan menurut Islam boleh dikategorikan kepada dua:

1) Menyediakan makanan dari sumber rezeki yang halal dan bersih.
2) Menyediakan makanan secara bersih.

Perkara kedua ini yang saya teliti mampu sedikit sebanyak membantu kita mengubah gaya hidup kita seraya membantu mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar (sebagai individu). Bagaimana? Mungkin ini antara tipsnya:

1) Sediakan juadah makan tidak membazir, hanya 2,3 juadah untuk satu hidangan.
Menyediakan juadah pada kadar yang sederhana membataskan kita membeli pelbagai barangan. Mengurangkan pembelian bermakna mengurangkan ‘Ecological Footprint’.

2) Masak masakan secara sihat, kurangkan minyak @ gula dan seimbangkan hidangan daging, ikan, sayur dan buah-buahan.
Keseimbangan hidangan amat perlu. Katakan Ahmad seorang pengamal makanan yang tidak seimbang dan cenderung mengambil gula secara berlebihan. Maka Ahmad sedang meningkatkan penggunaan produk gula dan tebu. Apabila tiba masa tertentu, Ahmad disahkan menghidap kencing manis dan terpaksa bertukar rutin pemakanannya, mungkin dengan mengambil oat. Pada masa ini, Ahmad sedang meningkatkan penggunaan produk bijirin oat. Secara tidak langsungnya, Ahmad sedang menambah ‘Ecological Footprint’ dalam kedua-dua situasi.

3) Berhenti makan sebelum kenyang, sepertimana sunnah Baginda Muhammad sallallahualaihiwassalam.
Bermakna kita akan sentiasa meletakkan diri kita pada aras bersederhana, tidak berlebihan dalam pemakanan. Saya rasa ia boleh juga ditafsir sebagai mengawal pembelian produk makanan.





Selain pengguna dan individu, saya yakin terdapat banyak lagi kaedah yang boleh diketengahkan. Apatah lagi sekiranya ada di kalangan kita yang mencari nafkah sebagai pengeluar produk ini. Pasti ada lebih banyak jalan untuk mengurangkan ‘Ecological Footprint’ dan impak negatif terhadap alam sekitar. Yang pastinya, mengubah gaya hidup adalah asas perubahan supaya lebih bersederhana.

Sesudah itu, terus saya mengemas kesemua barangan tadi ke dalam peti ais.

Wallahua’lam...