Kali ini tiada isu berat, dan tiada pula saya sediakan jawapan.
Sekadar berkongsi.
Mungkin orang yang lebih arif boleh mencari jawapan.
Nampak tak apa yang pelik?
Tak nampak?
Saya zoom kan..
Lagi..
Pokok angsana diserang penyakit.
Kali pertama saya nampak di sekitar Bukit Ekspo UPM, ada sepohon angsana mati.
Lokasinya di tengah-tengah kawasan lapang. Dan paling tinggi daripada yang lain.
Lama kelamaan, bila pokok lain juga tunjukkan sindrom yang sama, saya tahu bahawa ini adalah penyakit pokok. Penyakit apa? Maaf saya pun tak pasti.
Daripada pemerhatian saya, beberapa pokok angsana di sekitar Semenyih dan Shah Alam juga ada yang berkeadaan seperti ini.
Sayangnya, pokok yang bernilai belasan tahun ini tumbang dalam beberapa minggu sahaja.
Pokok yang telah mati, ada yang meninggalkan tunggul.
Belum tentu pula tunggul memberi manfaat.
Mana tahu tunggul yang hanya menyakitkan kaki orang yang tersepak, yang menghalang jalan?
Ada yang tidak meninggalkan kesan langsung, tunggul pun langsung tiada.
Dalam banyak-banyak pokok pun, ada pokok yang terkena, ada pokok yang terselamat.
Samalah seperti kita manusia.
Untung nasib, masih ada tunggulnya. Itu pun entah apa manfaatnya.
Yang nyata tak seronoknya, entah orang sedar atau tidak kehadiran dan ketiadaan kita.
Ada dalam kalangan kita terselamat, ada yang tidak.
Banyak sungguh cerita "Aku Sebatang Pokok".