Thursday, February 24, 2011

Mahasiswa dan ____ ?

Entry kali ini tidak berkaitan langsung dengan urusan ibu bapa. Lebih kepada pandangan umum. Mungkin perlu ditarik semula pengertian entry awal yang bertajuk 'Ibu Bapa Mahasiswa' di dalam blog ini.

Kalau dahulu, kebanyakan mahasiswa yang menjalankan protes dan demonstrasi di universiti mempunyai CGPA yang rendah. Mungkin ini menjadi suis menyebabkan kekecewaan ibu bapa mereka. Manakan tidak, anak sibuk berpolitik di peringkat kampus hingga terpaksa meniru di dalam peperiksaan, terpaksa mengabaikan pelajaran dan sebagainya.

Tapi kini tidak lagi. Anak-anak yang menjalankan protes dan berdemonstrasi punya keputusan akademik yang juga bukan calang-calang. Bahkan, ada kes yang ibu bapa mereka menggalakkan anak-anak mereka berpolitik di kampus. Jadi mereka punya alasan untuk berpolitik.

Saya tidak katakan mahasiswa tidak boleh berpolitik. Bahkan saya amat setuju sekiranya mahasiswa sentiasa ke depan meluahkan pandangan mereka, mengajukan pendapat, berdiskusi memahami pendirian masing-masing dan sebagainya.

Akan tetapi saya rasakan kite tersalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kita salah meletakkan sesuatu kepentingan. Penghayatan ilmu itu dijadikan sebagai penanda aras yang di bawah selepas berpolitik.

Baginda Rasul Muhammad sallallahualaihiwassalam, menggunakan politik sebagai medium penyampaian dan penyebaran dakwah agama Islam. Akan tetapi Baginda hanya berbuat demikian selepas Baginda disokong oleh pemahaman ilmu yang benar-benar arif berkenaan Islam.

Adakah kita benar-benar arif dengan apa yang kita perjuangkan?

Kita banyak berkatakan tentang hak. Akan tetapi apa usaha kita untuk mengekalkan hak yang sedia ada? Memecahkan cermin pejabat? Menafikan kemenangan sesetengah pihak yang tidak sebulu? Pada saya, kes di UPM pada 23 Februari lalu mendukacitakan dan memalukan.

Sistem di Malaysia ada cacat celanya. Akan tetapi lebih cacat lagi akhlak penghuninya.

Sama-sama kita doakan agar Malaysia terus aman makmur, pemimpinnya terus diberi ilham terbaik memacu kemajuan Islam dan negara, pemuda-pemuda isi negara menjadi nadi penggerak kejayaan, dan semoga berkuranglah perpecahan di negara tercinta.

Tuesday, February 22, 2011

Jalan ke Syurga

4 jalan ke syurga, menurut sabda Nabi Muhammad sallallahualaihiwassalam dalam ucapan pertama beliau setibanya di Madinah:

1) Menyebarkan salam.
2) Memberi makan kepada orang lain.
3) Menyambung silaturrahim dan ukhuwah islamiah.
4) Solat malam, setakat mampu (walaupun 2 rakaat).

Saturday, February 19, 2011

Ibu Bapa Mahasiswa

Apabila mahasiswa meniru di dalam peperiksaan, apa yang akan ibu dan ayah mereka usung untuk menyuarakan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati mereka?

Apabila mahasiswa ponteng kuliah, apa yang akan ibu dan ayah mereka usung untuk menyuarakan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati mereka?

Apabila mahasiswa meninggikan suara, menengking pegawai-pegawai universiti atau sebagainya yang seusia ibu dan ayah kita kerana marahkan mereka, apa yang akan ibu dan ayah mereka usung untuk menyuarakan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati mereka?

Pastinya bukan keranda dan patung jenazah.

Dalam pilihanraya kampus, mahasiswa Malaysia berdemonstrasi dengan mengusung keranda dan patung jenazah untuk menyuarakan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati mereka. Dengan penuh yakin yang tindakan mereka akan mengubah ketentuan pihak-pihak tertentu yang mencabar rasa muda dan kehendak mereka. Ini suara hati mereka. Ini kebebasan suara mereka. Ini hak mereka.

Dan ibu bapa, pula akan terus mengusung rasa kecewa.

Bumi Allah


Tuesday, February 15, 2011

Laluan PhD Kawan Serumah

Merupakan seorang tutor di salah satu IPTA Malaysia, kawan serumah saya giat menyiapkan PhD yang kini hampir masuk tahun keempat. Dukacitanya, penyelia nyatakan yang PhD beliau tidak akan diterima, dan hal ini berlaku 2 bulan sebelum biasiswa ditamatkan (4 Tahun).

Kejayaan PhD itu ada 3 faktor utama:

1) Izin Allah
2) Usaha sendiri
3) Kehendak Penyelia (Supervisor)

Faktor pertama di luar kuasa kita.
Jadi apakah yang mempengaruhi hasil usaha kawan saya itu?

Memang tertekan. Saya pun terasa tekanannya.

Apapun, selesaikan Master terlebih dahulu.

Jawapan pada surah Al-Insyirah

Kata ayah dan seorang teman rapat, saya sentiasa celaru memikrkan banyak perkara pada satu-satu masa. Nasihat mereka, biar diselesaikan satu persatu. Dalam menyelesaikan urusan biarlah dengan sabar, tak perlu fikr terlalu rumit, dan mengikut tertibnya.

Malam semalam di Terminal LCC, seorang lagi rakan menunjukkan saya terjemahan surah Al Insyirah. Benarlah, bukan sahaja kata orang-orang tua dan nasihat teman tapi dah lama Allah nyatakan di dalam Al Quran, iaitu dalam surah Al Insyirah ayat 1-6.

Rupanya dah lama saya tertipu dan termakan dengan istilah 'multi-tasking' yang cukup popular dalam industri makanan fast-food sejak berkurun lamanya.

Jadi nasihat saya kepada semua rakan-rakan, apabila kita berurusan, hendaklah diselesaikan satu persatu. Tak perlu melakukan banyak perkara pada satu-satu masa.

Desakan merasa masa berlalu begitu seketika di akhir zaman sepertimana dalam hadith baginda Muhammad sallallahualaihiwassalam perlu diatasai dengan baik.

Semoga kesedaran ini istiqamah di dalam hati kita semua.