Kes penulis yang mengetengahkan ideologi tak terima hadith akan tetapi menerima pula alQuran memang mendapat liputan meluas. Saya tak mahu sebutkan langsung siapa namanya, kerana akan memberikan publisiti yang lebih lagi. Lebih-lebih, saya sendiri tak punya banyak ilmu untuk mengulas secara terperinci tentang apa yang dia perjuangkan.
Senjata saya cuma yaqin dengan syahadah saya.
Ok, enough.
Saya lebih menumpukan perhatian pada ulasan-ulasan mereka yang arif lagi bijaksana dalam semua laman media sosial.
Semua menunjukkan pandai.
Semua menunjukkan punya ilmu.
Semua menunjukkan mampu berfikir dan berhujah.
Eloklah semua menunjukkan pendirian, tapi pendirian itu cukup berisi dan berilmu kah?
Berdegar-degar ketengahkan hujah bersumberkan hadith dan ayat alQuran, tapi diselit pula dengan kata cacian dan makian, kata-kata kesat. Tak tertinggal bilamana dipersalahkan orang lain pula, disalahkan pemimpin negara, disalahkan parti itu dan ini. Yang kelakarnya, isu agama ini dijadikan modal pula isu politik. Bagaimana kita memandu gaya pemikiran dan hala tuju keputusan kita dalam berhujah? Kita biarkan sentimen emosi dan taksub, obsesi sebagai driver. Dan kita biarkan kepuasan peribadi sebagai hala tuju debat dan hujah. Benarkah jalan ini?
Akhirnya kita memalukan diri kita sendiri.
Kepada media sosial di luar sana, jangan terlalu memberi liputan sangat tanpa mengkaji demografik pembaca anda. Rata-rata daripada kita masih belum matang.
Aduhai... sayangnya bila perubahan yang baik itu, hanya akan menjadi baik bilamana kita rasakan ia baik, bukan kerana hakikinya baik.
No comments:
Post a Comment