Anak saya, Muhammad Adam Zikri umurnya sudah hampir setahun.
Umur saya juga semakin tua setahun.
Kadar kesihatan dan kemampuan badan, rasanya berkurang pula cuma tak dapat nak kenalpasti dengan kadar apa.
Perkara yang tidak boleh datang semula, umur kita.
Perkara yang paling dirindui, masa lampau.
Perkara yang paling dihargai, nikmat kebahagiaan kini.
Moga ibu dan ayah kita yang sudah pasti semakin bertambah-tambah usianya sentiasa sihat dan mendapat rahmat Allah. Amin...
Tuesday, December 10, 2013
Saturday, December 7, 2013
Student Development
Pembangunan Mahasiswa adalah satu proses.
Proses jangka panjang, dan ia adalah proses pembangunan nilai.
Kemampanan mengekalkan kemajuan sesebuah negara amat berkait dengan pembangunan mahasiswa, kerana mereka ini bakal menerajui negara masa depan.
Dalam proses ini akan ada kekeliruan dan mungkin boleh membawa kepada perselisihan, bahkan dengan guru.
Itulah prosesnya.
Satu hari nanti semoga pelajar dapat menilai mana baik, mana buruk, dengan pengalaman dan pelajaran melalui proses tadi.
Apabila bekerja dan berkeluarga itu jugalah senario.
Guru pun belajar juga sebenarnya.
Saban tahun pelajar berubah, cara dan gaya mereka berubah, cabaran yang guru-guru terima pun berubah.
Jadi cara guru pun kena berubah.
Yang pentingnya, 'philosophy' pengajarannya jangan diubah pula.

Subscribe to:
Posts (Atom)