Saturday, April 30, 2011

48 Hari : ????

Masih berbaki 48 hari secara rasminya dengan 4 perkara utama, lebih dari 9 perkara sampingan yang perlu diselesaikan.

Masa akan sentiasa berlalu, tanpa kita minta masa akan berlalu. Jika kita berehat, masa tetap tidak akan berehat.

Jadi berusaha sebaik mungkin.

Tuesday, April 26, 2011

Hormati BAHASA MELAYU sebagai Bahasa Kebangsaan

*Saya memetik petikan akhbar tempatan - satu badan kerajaan dalam usaha membangunkan laman web versi mandarin.

Sebagai badan kerajaan, jangan bangunkan laman web dengan bahasa Mandarin.

Saya bukan cuba bertindak rasis, tapi atas dasar PERLEMBAGAAN dan menuntut hak sebagai bangsa Melayu.

Anda bukannya syarikat milik peribadi @ pertubuhan swasta, tetapi badan kerajaan. Tindakan menyediakan laman web dalam bahasa mandarin menggalakkan orang cina untuk terus mengabaikan bahasa Melayu. Akibatnya, mereka akan terus ego untuk tidak berusaha meningkatkan kemahiran dalam bahasa Melayu.

Saya mengutarakan pendapat atas dasar bukti. Sudah terlalu ramai orang cina di negara Malaysia, yang saya jumpa tidak fasih berbahasa Melayu. Ada sesetengahnya, bukan tidak fasih tetapi tanpa segan silu menyatakan tidak mahu bertutur bahasa Melayu apabila berbual dengan saya.

Jika alasan untuk memudahkan pengguna dan rakyat, silap rakyat kerana tidak memahami bahasa Melayu walaupun dah beranak cucu di negara ini.

Kita memang negara berbilang kaum, tetapi kita punya PERLEMBAGAAN yang perlu dihormati. Bukan cuba menyekat hak kaum lain, tetapi untuk kepentingan semua.

Benar kita tidak mahu dilution dalam keunikan dan kepelbagaian penggunaan bahasa. Tetapi ini bukan caranya.

Boleh untuk membangunkan laman web versi mandarin, hanya selepas bangsa cina ini mahu bertutur dalam bahasa Melayu dan juga menolak sistem sekolah cina (sekolah vernakular) seperti yang sedia ada sekarang.

Dari konteks pengambilan kerja, adakah nanti kuota pengambilan pekerja berbangsa cina akan ditambah sebagai alternatif memudahkan penterjemahan di jabatan mereka? Cuba wujudkan persoalan sama di syarikat yang dipelopori oleh orang cina. Adakah mereka mengambil orang Melayu untuk membantu penterjemahan mereka?

Sunday, April 24, 2011

Amar maaruf nahi munkar dalam perhutanan

Bersempena Sambutan Hari Bumi minggu lalu, kerajaan Malaysia menerusi kementerian berkaitan menyatakan kesungguhan untuk mengekalkan peratusan separuh jumlah keluasan tanah dikekalkan sebagai kawasan berhutan.

Usaha itu dibuktikan dengan Program Penanaman 26 Juta Pokok bermula 26 April 2010. Pelbagai lagi usaha kerajaan telah dan sedang dilakukan untuk memastikan objektif ini tercapai.

Amar maaruf nahi munkar. Dalam Islam, mengikut konteks ibadat jelas dinyatakan bahawa galakan mengerjakan kebaikan hendaklah diselusuri secara bersama dengan mencegah kemungkaran untuk mendapatkan redha Illahi. Benar, kerana takkan kita mengerjakan solat sebelum pergi menjalankan urusan penipuan dalam perniagaan? Takkan kita bersedeqah selepas mencuri wang syarikat?

Islam itu adalah cara hidup kita. Samalah seperti amalan pengurusan hutan, bagi mencapai objektif yang dinyatakan.

Kebaikan yang sedang diusahakan, menanam pelbagai spesis pokok dengan jumlah yang berjuta-juta memang usaha yang sangat baik.

Tapi jangan dipinggirkan usaha pencegahannya. Secara umumnya, usaha mengekang pembalakan haram, mengawal secara mampan penebangan untuk tujuan industri, meminggirkan rasuah dalam pengurusan, mengurangkan penggunaan sumber hutan secara langsung, melarang pembangunan total di pinggir hutan, menyekat rekreasi yang memusnah keadaan hutan, mengelakkan pencemaran sungai, antara usaha yang boleh disenaraikan dan ditekankan.

Usaha kebaikan bukan cuma dengan menanam sahaja. Tetapi termasuklah meningkatkan kesedaran orang awam, baik pulih kualiti tanah, melaporkan kejayaan pengurusan dari masa ke semasa, melebarkan sayap penyelidikan dalam bidang berkaitan, mengkorporatkan industri perhutanan dan alam sekitar, mempelbagaikan bidang kemahiran dan kepakaran untuk menarik minat orang ramai, dan bermacam-macam lagi.

Banyak lagi. Semoga pakar-pakar dalam bidang berkaitan dapat ke depan untuk mengutarakan cadangan, sekaligus melaksana apa yang dicadangkan.

Wallahua'lam.

*Teringat kata-kata seorang rakan yang bekerja di dalam bidang Perhutanan dan Perancangan Bandar. Kuantiti pokok adalah perkara kedua kerana yang pertama adalah kualiti pokok. Bukan semua pokok yang ditanam, menjadi dan naik subur.

Wednesday, April 20, 2011

Blog Sharing - BLR dan Inflasi

Saya kurang arif tentang ekonomi, tapi ulasan dan penerangan Dr. Mohammad Khir Toyo dalam blognya tentang isu BLR dan Inflasi membuka mata saya yang sememangnya buta ekonomi, jumud hanya dengan hukum penawaran dan permintaan.

Secara umumnya, 'policy maker' perlu lebih menekankan hasil praktikaliti berbanding teori semata-mata.

Baru juga saya berbincang dengan rakan serumah tentang isu gaji dan ketidakcukupan kewangan bagi pekerja makan gaji di tanah air. Manakan tidak, sebulan cuma bergaji RM2000, maka setahun cuma dapat RM24,000. Dengan andaian konsisten untuk sepuluh tahun, pekerja makan gaji cuma mendapat RM240,000. Dicampur dengan andaian kenaikan tahuan (dan bonus yang entah tak kunjung tiba), pekerja makan gaji akan mendapat kira-kira RM280,00 untuk sepuluh tahun. Pinjaman perumahan pula RM400,000. Kereta pula kira-kira RM65,000. Belum dikira potongan untuk simpanan Tabung Haji untuk diri sendiri dan isteri, takaful dan pendidikan anak-anak. Jangan lupa, perbelanjaan kesihatan akan meningkat seraya kita makin dimamah usia.

Matematiknya, pemahaman menerusi nisbah begini memang tidak akan cukup. Peranan pemimpin untuk menentukan polisi menang-menang di dalam populasi Malaysia. Penentuan polisi juga biarlah yang menjamin kemaslahatan Islam dan Melayu. Peranan rakyat juga untuk terus bertindak dalam menentukan kuasa membeli secara berhemah. Saya sendiri belum terjebak secara total dalam dunia pinjaman bank, tetapi sebagai pengguna saya syorkan kepada semua termasuk kepada diri saya sendiri agar memilih sistem perbankan Islam yang menyisihkan elemen BLR dalam sistemnya.

Moga-moga pemimpin masa kini akan lebih dibuka minda oleh Allah untuk menerajui kepemimpinan negara dan kelestarian hidup masa akan datang. Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit.

Saya lampirkan sebahagian dari hasil tulisan Dr. Mohammad Khir Toyo untuk bacaan semua.

BLR, Inflasi dan Risiko Politik

1. Pada bulan hadapan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan satu lagi mesyuarat membabitkan isu Overnight Policy Rate (OPR). Sebelum ini pada bulan Mac lalu BNM tidak membuat sebarang kenaikan OPR. Pada tahun 2010 sebanyak tiga kali kenaikan OPR diumumkan pada Mac, Mei dan Julai yang menyebabkan kenaikan dari 2.0 kepada 2.75.

2. Kenaikan OPR ini akan berkait langsung dengan kenaikan Base Lending Rate (BLR) atau Kadar Pinjaman Asas. BLR turut meningkat sebanyak tiga kali dari 5.55% pada 2009 kepada 6.30 pada Julai 2010.

3. Salah satu tujuan kenaikan OPR dan BLR ialah untuk membendung inflasi. Kebanyakan kita bukan pakar ekonomi jadi kita sendiri tentu sukar untuk memahami bagaimana menaikan kadar pinjaman asas boleh membantu mengurangkan inflasi. Hakikatnya kita terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar hutang.

4. Apa yang saya faham secara mudah (mungkin betul atau salah pemahaman ini) ialah kenaikan OPR dan BLR akan menaikkan kadar faedah bagi simpanan. Secara teorinya ini akan menggalakkan orang ramai menabung bagi mendapat faedah yang tinggi. Dengan penabungan iaitu menyimpan di bank, orang ramai akan kurang berbelanja. Ini akan mengurangkan permintaan (teori penawaran dan permintaan) sekaligus menurunkan harga barangan. Penurunan harga barangan akan menurunkan inflasi.

5. Namun persoalan yang jarang dijawab oleh pengamal ekonomi yang mahu mengawal inflasi melalui kaedah ini ialah apakah inflasi hari ini disebabkan permintaan yang lebih daripada penawaran atau kerana peningkatan harga barangan keperluan di luar kuasa pembeli?

6. Tanda-tanda BNM hendak menaikkan kadar OPR tampak jelas apabila beberapa penganlisis ekonomi yang "mesra" kerajaan meramalkan kenaikan ini bagi mengawal inflasi.

7. Pada tahun lalu BNM menaikkan OPR sebanyak tiga kali apabila negara mengalami inflasi. Malangnya kenaikan sebanyak tiga kali tersebut gagal mengawal inflasi apabila inflasi terus meningkat pada bulan Disember lalu sehingga kini.

8. Mengapa ia gagal? Ini kerana kenaikan kadar inflasi di Malaysia pada masa kini berkait rapat dengan kenaikan harga barangan asas dan keperluan utama yang sebahagiannya dikawal oleh kerajaan.

9. Misalnya pada tahun 2010 sebelum kenaikan OPR, kadar inflasi negara naik akibat kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi seperti makanan dan minuman bukan alkohol (1.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0 peratus); dan pengangkutan (0.7 peratus). Kenaikan-kenaikan lain ialah minuman alkohol dan tembakau, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing pada 2.9 peratus; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 2.7 peratus; pendidikan 1.8 peratus; restoran dan hotel 1.6 peratus; kesihatan 1.5 peratus; dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0.7 peratus.

10. Selepas kenaikan BLR pun, inflasi masih meningkat. Kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan lalu dilaporkan oleh FOMCA. Menurut Fomca,


"Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Kenaikan kadar inflasi ini berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus."

11. Jelas sekali sebahagian besar punca kenaikan harga barang adalah kerana kerajaan memotong subsidi. Jadi kadar inflasi yang tinggi ini ialah akibat pemotongan subsidi. Justeru kenaikan OPR dan BLR tidak memberi kesan apa-apa kepada inflasi kerana majoriti rakyat membayar barangan ini bukan untuk kemewahan tetapi untuk keperluan.

12. Lihat kenaikan-kenaikan harga barangan yang mengakibatkan inflasi melonjak tinggi adalah akibat daripada pemotongan subsidi dan kenaikan harga bahan tenaga bukannya kerana lebihan permintaan berbanding penawaran.

13. Dengan menaikkan OPR dan BLR, rakyat bukan sahaja terpaksa membayar barangan harian yang tinggi tetapi perlu menjelaskan hutang pinjaman perumahan dan peribadi yang lebih tinggi. Ini bermakna rakyat akan terus dibeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

14. Kenaikan BLR hanya menguntungkan sekumpulan kecil rakyat Malaysia yang mempunyai wang berjuta ringgit dalam simpanan tetap tetapi menindas majoriti rakyat. Saya berharap kerajaan tidak membenarkan polisi ekonomi negara yang membabitkan BLR ini ditentukan oleh birokrat ekonomi BNM sahaja.

Source: http://www.drkhir.com/2011/04/blr-inflasi-dan-risiko-politik.html#comment-form

Malaysia antara 10 Pengimport Tertinggi Balak?


http://assets.panda.org/img/original/transparency.jpg

Saturday, April 16, 2011

Sokong Usaha yang Bernas

GEORGETOWN: Tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini, semalam membuat laporan polis berhubung ketelusan kerajaan DAP Pulau Pinang mengenakan bayaran sebanyak 20 sen kepada pengguna setiap beg plastik yang didakwa dimasukkan dalam Tabung Rakan Anti Kemiskinan (RAK). -Keratan akhbar Berita Harian, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TigaNGOlaporpolisisubegplastik20sen/Article -

Saya sokong usaha kerajaan Pulau Pinang mengenakan cas RM0.20 terhadap setiap plastik pembungkus barang ke atas semua pembeli pembeli sempena Sambutan Hari Tanpa Plastik.

Dengan cara itu, pengguna akan lebih terbuka untuk membawa beg @ bakul sendiri dan secara tidak langsungnya dapat melatih mengurangkan kebergantungan terhadap bahan kimia tidak lupus itu.

Sedangkan cas yang dikenakan sebenrnya tidaklah tinggi. Saya nyatakan harga plastik itu sewajarnya lebih dari RM20.00. Mengapa? Kerana alam ini memerlukan beratus tahun untuk pulih daripada bahan kimia tidak lupus itu. Dan berapa peratus pula ancaman kematian terhadap binatang liar yang termakan plastik sekiranya tidak dilupus dengan baik, atau dengan erti kata lain dibuang merata-rata oleh pengguna. Jangan kita abaikan yang plastik ini jugalah sering menyekat aliran sungai-sungai kita, seterusnya menyebabkan pencemaran air tawar.

Kebergantungan manusia terhadap bahan tidak lupus ini semakin tinggi sehinggakan kita lupa, apa implikasinya pada masa akan datang.

Apabila pengguna merasakan betapa mahalnya RM0.20 untuk plastik itu, maknanya mereka juga sedar betapa mahalnya usaha yang diperlukan untuk memelihara alam sekitar dalam jangka panjang. Sayangnya, tidak ada orang menjelaskan hal ini. Mereka cuma tahu dan sedar yang plastik itu mahal jika dibeli pada harga RM0.20, tapi pengguna 'masih belum sedar' berapa kos untuk melupuskan plastik/bahan tidak lupus ini. Mesti ada pihak yang menjelaskannya.

Jadi usaha kerajaan negeri itu adalah didikan tidak langsung sebagai usaha memelihara alam sekitar. Saya sokong.

Akan tetapi janganlah dipolitikkan. Kemana duitnya, kerajaan negeri hendaklah menjelaskan dengan teliti berserta bukti. NGO yang membantah kerana menganggap menganiaya pengguna, wang yang dibayar tidak diyakini ke mana, biarlah disokong dengan fakta berpengetahuan. Jangan diasaskan persepsi ketidakpercayaan semata-mata. Curiosity itu perlu, tetapi bukanlah menjadi perkara asas dalam semua perkara.

Mungkin ada kekurangan yang menyebabkan timbulnya ketidakpuas hatian ini. Misalannya kerajaan negeri terlepas pandang untuk memberi 'clear explanation' tentang usaha yang dibuat.

Tapi tidak mustahil juga ini berlaku kerana isu alam sekitar masih belum benar-benar sensasi di Malaysia. Yang dahsyat pun, isu hendak membina 'nuclear plant'. Itupun atas dasar politik. Hahahaha.. lucu bukan, semuanya politik.

Sewajarnya sebagai NGO, eloklah mereka menyokong usaha tersebut. Dengan itu, pengguna akan lebih terdidik dan berhati-hati dalam urusan berbelanja. Nampak remeh, memilih dalam membeli plastik tapi saya yakin itu asas yang akan dikembangkan ke produk-produk lain. Pengguna akan lebih berhati-hati dan bijak membeli, mengurus kewangan.

Nah, bukan sahaja alam sekitar tapi juga isu kepenggunaan dapat diperhalusi dan diperbaiki.

Lihat sesuatu usaha itu dari sudut berbeza. Jangan biar politik mengaburi semuanya. Waraslah kita.

Wednesday, April 13, 2011

Info Sharing - Alam Sekitar Hanya Pinjaman

Sekadar berkongsi dari akhbar tempatan. Kerana kekurangan masa, jadi hanya sempat membaca, xsempat mengulas. Apapun, untuk kita teliti, teladani, fikirkan dan ambil tindakan semampu mungkin.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Impak_Alam&pg=al_01.htm

TOKOH alam sekitar terkemuka negara yang juga Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, environmentalisme atau alam sekitar menurut Islam adalah berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan.

Menurutnya, agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis Rasulullah, misi kerasulannya adalah menyempurnakan akhlak yang mulia.

"Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan.

"Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah," katanya.

Kata-katanya ini adalah petikan dalam kertas kerja oleh Mohamad Syafiqe Abdul Rahim dari Jabatan Syariah & Undang-Undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (2008). Ia bagi menjelaskan betapa erat dan rapatnya hubungan manusia dengan alam sekitar.

Malah menurut Mohd. Syafiqe, ada ulama yang mengatakan bahawa jasad manusia dijadikan daripada unsur yang telah bercampur melalui bahan makanan yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan (Muhammad al-Mubarak, 1973).

"Dengan ini jelaslah kepada kita betapa jelas dan kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi," katanya.

Namun fenomena ombak besar tsunami di Jepun, gempa bumi di New Zealand, kebakaran hutan di Australia, banjir dan hujan lebat di Arab Saudi dan berlakunya pelbagai lagi musibah alam sejak kebelakangan ini menimbulkan pelbagai petanda dan petunjuk.

Adakah kita benar-benar menuju ke akhir zaman yang Allah rahsiakan masa kejadiannya? Apa yang jelas, alam ini mampu berakhir hanya dengan dengan kerosakan yang diciptakan oleh manusia selaku penghuni alam ini sendiri.

Masih rendah

Kerosakan tersebut apabila bumi disifatkan sedang mengalami proses tua angkara radang kepanasan disebabkan kesan pemanasan global. Juga kesan rumah hijau (green house effect) yang berpunca daripada pelbagai kesan pencemaran alam sekitar yang berlaku di seluruh pelosok bumi.

"Bumi telah lama dirosakkan oleh kemajuan industri dan teknologi yang sangat pesat sehinggakan ibu bumi tidak lagi mampu menampung kesan dari harga kemodenan ini," kata Presiden Malaysia Go-Green Inisiative, Mahadi Mohamad.

Malaysia Go-Green Inisiative adalah platform sukarela yang ditubuhkan oleh beberapa syarikat bioteknologi Malaysia, syarikat multinasional, beberapa universiti tempatan, sejumlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang terdiri daripada penggiat kepada kempen Go-Green dan penjagaan alam sekitar.

Ia mendapat kerjasama beberapa kementerian dan jabatan kerajaan khasnya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air baru-baru ini.

Menurut Mahadi, dengan 60 peratus penduduk Malaysia beragama Islam, umumnya mempunyai kesedaran penjagaan alam sekitar yang masih rendah berbanding inisiatif oleh masyarakat antarabangsa.

"Tidak dinafikan adanya kempen di sana sini namun ia masih lagi bersifat sukarela dan tiada koordinasi di peringkat nasional.

"Usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan kempen menjaga alam sekitar dan bumi masih belum diselaraskan secara strategik di Malaysia dan masih bersifat program dan acara," katanya.

Ini memberi idea kepada beliau untuk menyatukan semua kempen Go-Green dalam pelbagai aplikasi khasnya di kalangan masyarakat dan semua yang terlibat. Bukan hanya menumpukan kepada sektor teknologi hijau tetapi lebih kepada membina minda sedar dan prihatin terhadap visi dan misi Go-Green itu sendiri.

Tidak dinafikan pihak Barat atau lebih tepat lagi yang bukan Islam adalah juara dalam memperjuangkan isu-isu alam sekitar.

Mengikut sejarah, pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri.

Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha melalui pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.

Namun, walau apa pun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih gagal menguruskan alam sekitar dengan berkesan.

Apa yang pasti, ini disebabkan gejala "pemencilan pengaruh keagamaan" sebagai salah satu faktor penyumbang kegagalan tersebut.

"Atas pengaruh ajaran yang sempurna, umat Islam sepatutnya lebih menjuarai sebagaimana di zaman tamadun kerajaan Islam seperti Umayyah, Abbasiah, Mughal, Sepanyol sehinggalah kepada Uthmaniah sebenarnya telah mendahului dalam soal penjagaan alam sekitar," kata Mahadi.

Tetapi apabila bercakap dalam abad sekarang, Barat lebih memimpin dalam soal ini.

"Sehinggakan jika kita pergi Masdar City, Abu Dhabi pasti kita akan kagum dengan tahap dan mutu kebersihan bandar moden itu sehingga berjaya digelar sebagai Green City.

"Tetapi sayangnya pencapaian tahap sebaik itu sebenarnya adalah usaha dari pihak syarikat-syarikat Barat yang menjadikan soal keindahan dan kebersihan antara yang boleh dikomersialkan dan memberikan keuntungan.

"Iaitu pelaburan yang menguntungkan di sebuah negara Arab yang moden dan kaya" kata Mahadi.

Begitu juga di kebanyakan negara-negara Arab Islam moden yang lain, soal kebersihan dan lestari alam sekitar mereka adalah hasil dari kepakaran pihak bukan Islam.

Namun kata Mahadi, untuk tempoh terdekat ini, tanpa mempunyai banyak pilihan umat Islam turut terpanggil untuk menyambut satu hari yang sangat bermakna dalam soal menyelamatkan bumi ini.

Kebetulan esok adalah sambutan Hari Earth Hour 2011 Peringkat Malaysia yang dianjurkan oleh pertubuhan alam sekitar Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

"Satu sambutan yang sangat signifikan untuk kita semua umat Islam turut menyertainya, iaitu dalam usaha kita menangani krisis perubahan cuaca di seluruh dunia.

"Ia tidak sekadar satu simbol tetapi ada kesannya yang sangat positif terhadap penggunaan tenaga karbon dan sebagainya yang begitu berlebihan sehingga menjejaskan kualiti alam," katanya.

Ini apabila kita hanya diminta menutup semua suis lampu dan dibiarkan bergelap selama sejam, iaitu bermula pukul 8.30 malam sehinggalah 9.30 malam esok.

"Tempoh bergelap ini mampu mengurangkan darjah kepanasan bumi walaupun tidak begitu signifikan kerana apa yang penting ialah mesej yang hendak disampaikan," kata Mahadi.

Ia menunjukkan betapa pentingnya kerjasama semua pihak dalam memastikan bumi masih sesuai didiami dan dihuni oleh generasi anak-anak pada masa akan datang.

Tidak boleh tidak, hakikat pahitnya kini usaha Go-Green di peringkat dunia sekarang ini dimulakan dan diusahakan secara serius oleh kalangan bukan muslim, bukannya ummat Islam itu sendiri yang menjadi khalifah di muka bumi ini.

"Segala teknologi hijau dan kempen bertaraf antarabangsa semuanya dimiliki dan dikelolakan oleh barat dan bukannya kita. Sebagai contoh yang mudah ialah apa yang berlaku di Timur Tengah. Negara-negara Arab membelanjakan bilion dolar untuk menggunakan aplikasi teknologi hijau yang semuanya datang dari negara Barat," katanya.

Ini mungkin disebabkan sikap dan cara berfikir umat Islam sebahagian besarnya masih melihat isu menjaga alam sekitar dan bumi ini ialah urusan dunia, bukannya berkaitan dengan amanah yang akan dinilai di akhirat nanti.

"Dunia Islam lebih sibuk dengan soal perbezaan mazhab, menangani isu pengganas dan ekstremis, peperangan demi minyak, kemiskinan dan sebagainya sehingga tidak terserlah usaha umat untuk menjuarai soal menjaga alam sekitar dan bumi yang tunggal ini," kata Mahadi.

-UTUSAN-

Wednesday, April 6, 2011

Isu Air Tawar - Mari berfikir.

Air sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, adalah sumber yang sangat bernilai.
Bermula dari hujan, air tawar turun ke dataran landai menerusi gunung, menelusuri 'canyon', berdepan dengan pelbagai bentuk muka bumi yang berbeza-beza sehinggalah ke lautan luas.

Umum juga seperti yang kita semua tahu, hanya air tawar boleh digunakan untuk kegunaan manusia, dan juga binatang.

Saya berikan nisbah yang boleh kita fikirkan bersama.
Nisbah antara peratusan air tawar dengan jumlah populasi manusia di bumi (tidak termasuk binatang dan tumbuh-tumbuhan).
Nisbah ini mungkin terlalu umum, tidak kritikal dan tidak spesifik. Tapi cukup dijadikan asas untuk kita berfikir.

Beratus tahun dahulu;

>3% : <1 .5=".5" billion="billion" br="br">
Kini,

<3 :=":"> 6 billion

Mainkan minda anda dengan nisbah ini, dan jangan lupa selitkan bagaimana kadar pencemaran air tawar meningkat selaras dengan pembangunan yang kita kejar kini.

Sekiranya anda mendapat sesuatu dari nisbah yang saya berikan, jangan lupa untuk bincangkan. Moga-moga ada tindakan susulan dan perkara yang baik melalui perbincangan itu.

Selamat berfikir.