Kisah krisis keluarga di Sweden.
Kasihan anaknya lama berpisah dari ibu dan ayah. Hak asasi di Sweden menyatakan ibu dan ayah mendera anak melanggar hak asasi manusia. Mereka lupa agaknya tindakan mereka juga melanggar hak asasi manusia bila memisahkan anak jauh dari ibu dan ayah mereka sendiri.
Biarkan hal itu dulu buat masa ini. Apapun didoakan agar masalah tersebut dapat diselesaikan dan anak dapat ditemukan kembali dengan ibu dan ayah.
Satu sudut yang lain, mengapa kerajaan tidak bertindak masuk campur menyelamatkan mereka ini. Bukankah mereka juga penjawat awam? (Bukankah mereka juga pengundi?).
Kerana kita menghormati diri kita sendiri. Memang menjadi persoalan samada undang-undang Sweden betul atau salah, kiblatnya menepati budaya dan cara kita atau tidak tetapi kita menghormati negara Sweden yang mempunyai undang-undang yang sah.
Dan kerana negara itu mempunyai undang-undang yang sah, maka kita juga sebagai sebuah negara yang berdaulat dan punya undang-undang sendiri, kita menghormati mereka. Kerana kita menghormati diri kita sendiri, dan kita mahukan orang lain juga menghormati undang-undang kita.
Ingat kisah sahabat Nabi Muhammad saw, Jaafar yang yang diperintahkan oleh Baginda saw sendiri untuk menyelamatkan diri di negeri Habsyah? Bukankah Jaafar memohon perlindungan undang-undang dan kekuasaan Raja Habsyah. Bahkan orang Kafir Quraisy (yang terkenal kejam dan jahat) pun masih memohon kebenaran Raja Habsyah sebelum membuat tindakan pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw, hanya kerana sahabat-sahabat Baginda saw sedang berlindung di bawah Raja Habsyah, yang dinaungi undang-undang negeri Habsyah.
Banyak lagi sejarah Islam dengan mesej yang sama.
Sungguhpun penceritaannya berbeza dengan situasi semasa di Sweden, tetapi mesejnya ialah menghormati undang-undang.
Kerana menghormati orang lain bermaksud menghormati diri kita sendiri.
*Di Malaysia, semoga kita semua menghormati diri kita sendiri juga.
No comments:
Post a Comment