Saturday, October 9, 2010
Rezeki Allah
Rezekei Allah itu pelbagai. Dan setiap manusia mentafsir rezeki baginya pada sudut pandangan yang berbeza-beza. Selagi mana sesuatu pemberian itu menguntungkan hamba Allah itu, ia diterjemah sebagai rezeki.
Ada orang punya duit berkoyan hasil kerja kuat, akan tetapi dia tidak punya masa untuk keluarga.
Ada orang mampu makan juadah yang mewah-mewah setiap hari, akan tetapi dia tidak punya kesihatan yang baik.
Ada orang punya masa lapang yang banyak, akan tetapi dia tidak punya perkara yang bermanfaat yang boleh diisi untuknya.
Banyak sebenarnya makna rezeki.
*p/s - Alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki pada saya dan rakan serumah 108 ekor ketam hasil tangkapan selama kira-kira 4 jam. Sebagai timbal balasnya, Allah peringatkan saya supaya bersyukur dengan menarik satu nikmat dari saya. Huhuhu... Moga saya terus diberikan kekuatan dan kesabaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
syukur dengan nikmat yang diberi..tp jgn melebihi batas..nanti lain pulak yg dapat.. bnyak sgt makan ketam boleh dapat penyakit'gout' kot..
ReplyDeleteYang sedap dikongsi rasa. Alhamdulillah berkongsi dengan kawan2. Even keseronokan dapat hasil byk ni pun di kongsi di sini dgn kwn2. TY mate for your reminder...
ReplyDeletesorofune wa..
ReplyDelete