Friday, January 14, 2011

Projek Kajian

Saya kini sedang giat mengutip data untuk melengkapkan projek kajian (Environmental Research Project) sebagai syarat bergraduat. Isu yang dipilih berkenaan Human Wildlife Conflict. Dalam kajian ini, saya fokus mencari titik pertemuan sikap dan perilaku penghuni bandar terhadap kera apabila berlakunya konflik antara mereka.

Sehingga kini, jika orang awam akan perhatikan banyak yang telah saya pelajari berkenaan bagaimana penerimaan sikap penghuni bandar terhadap kera, sebenarnya banyak lagi yang saya belajar tentang penerimaan penghuni bandar terhadap orang asing.

Alhamdulillah, sepanjang kajian saya dapat merasa dihina, dipandang rendah, tidak diendahkan, ditertawa dan juga dimarahi oleh semua responden yang cuba saya dekati.

Ada juga responden yang memberikan maklumbalas positif. Menerima baik kedatangan saya, menghargai usaha saya, melihat saya sebagai seorang yang wajar dilayan walaupun mengganggu dan sebagainya.

Banyak yang saya pelajari sepanjang proses ini. Bukan sahaja tentang kera, tetapi juga manusia.

Wallahua'lam...

4 comments:

  1. Menguruskan manusia adalah susah dari menguruskan kera..

    ReplyDelete
  2. Konflik antara manusia dan haiwan (HWC) akan datang dalam 3 bentuk. Pertama konflik antara manusia dan haiwan lah. Kedua konflik antara haiwan dan haiwan. Ketiga konflik antara manusia dan manusia. Tapi tiga-tiga bentuk konflik ni, metlamat akhir mesti untuk manusia.

    ReplyDelete
  3. Kenapa menguruskan manusia lagi susah dari menguruskan kerana?

    Jawapannya mudah, sebab manusia tak pernah tahu, apa yang kera mahu atau tak pernah mahu ambil tahu apa yang kera mahu. :)

    Tapi boss saya kata, kita adalah khalifah di muka bumi ini, kita yang diutuskan untuk mentadbir bumi ini, bagaimana kita nak mentadbir, itulah atas pertimbangan kita, kerana pada akhirnya kita yang akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan, inginkan keharmorniaan sesama manusia atau inginkan keharmornian sesama alam atau inginkan keharmornian dalam kedua-duanya.

    ReplyDelete
  4. Equilibrium...

    ReplyDelete