Saturday, April 16, 2011

Sokong Usaha yang Bernas

GEORGETOWN: Tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini, semalam membuat laporan polis berhubung ketelusan kerajaan DAP Pulau Pinang mengenakan bayaran sebanyak 20 sen kepada pengguna setiap beg plastik yang didakwa dimasukkan dalam Tabung Rakan Anti Kemiskinan (RAK). -Keratan akhbar Berita Harian, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TigaNGOlaporpolisisubegplastik20sen/Article -

Saya sokong usaha kerajaan Pulau Pinang mengenakan cas RM0.20 terhadap setiap plastik pembungkus barang ke atas semua pembeli pembeli sempena Sambutan Hari Tanpa Plastik.

Dengan cara itu, pengguna akan lebih terbuka untuk membawa beg @ bakul sendiri dan secara tidak langsungnya dapat melatih mengurangkan kebergantungan terhadap bahan kimia tidak lupus itu.

Sedangkan cas yang dikenakan sebenrnya tidaklah tinggi. Saya nyatakan harga plastik itu sewajarnya lebih dari RM20.00. Mengapa? Kerana alam ini memerlukan beratus tahun untuk pulih daripada bahan kimia tidak lupus itu. Dan berapa peratus pula ancaman kematian terhadap binatang liar yang termakan plastik sekiranya tidak dilupus dengan baik, atau dengan erti kata lain dibuang merata-rata oleh pengguna. Jangan kita abaikan yang plastik ini jugalah sering menyekat aliran sungai-sungai kita, seterusnya menyebabkan pencemaran air tawar.

Kebergantungan manusia terhadap bahan tidak lupus ini semakin tinggi sehinggakan kita lupa, apa implikasinya pada masa akan datang.

Apabila pengguna merasakan betapa mahalnya RM0.20 untuk plastik itu, maknanya mereka juga sedar betapa mahalnya usaha yang diperlukan untuk memelihara alam sekitar dalam jangka panjang. Sayangnya, tidak ada orang menjelaskan hal ini. Mereka cuma tahu dan sedar yang plastik itu mahal jika dibeli pada harga RM0.20, tapi pengguna 'masih belum sedar' berapa kos untuk melupuskan plastik/bahan tidak lupus ini. Mesti ada pihak yang menjelaskannya.

Jadi usaha kerajaan negeri itu adalah didikan tidak langsung sebagai usaha memelihara alam sekitar. Saya sokong.

Akan tetapi janganlah dipolitikkan. Kemana duitnya, kerajaan negeri hendaklah menjelaskan dengan teliti berserta bukti. NGO yang membantah kerana menganggap menganiaya pengguna, wang yang dibayar tidak diyakini ke mana, biarlah disokong dengan fakta berpengetahuan. Jangan diasaskan persepsi ketidakpercayaan semata-mata. Curiosity itu perlu, tetapi bukanlah menjadi perkara asas dalam semua perkara.

Mungkin ada kekurangan yang menyebabkan timbulnya ketidakpuas hatian ini. Misalannya kerajaan negeri terlepas pandang untuk memberi 'clear explanation' tentang usaha yang dibuat.

Tapi tidak mustahil juga ini berlaku kerana isu alam sekitar masih belum benar-benar sensasi di Malaysia. Yang dahsyat pun, isu hendak membina 'nuclear plant'. Itupun atas dasar politik. Hahahaha.. lucu bukan, semuanya politik.

Sewajarnya sebagai NGO, eloklah mereka menyokong usaha tersebut. Dengan itu, pengguna akan lebih terdidik dan berhati-hati dalam urusan berbelanja. Nampak remeh, memilih dalam membeli plastik tapi saya yakin itu asas yang akan dikembangkan ke produk-produk lain. Pengguna akan lebih berhati-hati dan bijak membeli, mengurus kewangan.

Nah, bukan sahaja alam sekitar tapi juga isu kepenggunaan dapat diperhalusi dan diperbaiki.

Lihat sesuatu usaha itu dari sudut berbeza. Jangan biar politik mengaburi semuanya. Waraslah kita.

No comments:

Post a Comment