Ada 3 faktor utama untuk mencapai kemampanan (sustainable), iaitu (1) economy, (2) environment dan (3) social.
Ketiga-tiga faktor ini perlu seimbang. Kajian asal pembentukan istilah milenia ini memberi imej gambaran 3 bulatan yang sama saiznya bercantum dan perselisihan di tengah-tengahnya itulah apa yang diisitilahkan sebagai 'mampan'.
Sila klik di sini kalau nakkan lebih penjelasan grafik.
Susah yang amat untuk capai kemampanan ini. Kalaupun ia dicanang-canang di merata dunia, aku hampir pasti tiada yang pernah capai kemampanan.
Mengapa? Kerana tak ada orang yang punya kehendak yang sama. Di bebola Social itu sahaja, sudah bermacam isu, Conflict of interest among groups or individuals within society. Macam mana nak jadikan sepakat macam pembentung?
Bidikan ekonomi biasanya tepat. Kalau orang diberi pilihan "Kau nak jimat ketika memandu untuk ke tempat kerja atau kau nak selamatkan udara dari pembebasan gas yang berlebihan?" Rasanya semua dah tahu jawapannya kan.
Gagal mencapai kemampanan bukan bermakna kita boleh terus berputus asa. Walaupun dikritik, usaha mencapai kemampanan mestilah diteruskan. Sebab kemampanan untuk kepentingan anak cucu kita juga.
Banyak lagi yang akan aku ulas tentang kemampanan. Ini lebih pada pembuka kata yang lebih santai, selepas aku dapati ruangan formal yang aku isi sebelum ni kurang memberi impak. "Konon ilmiah, tapi tidaklah semana." Kata kawan pada aku. Heh...
InsyaAllah lepas ini banyak lagi hal tentang kemampanan untuk dikongsi bersama.
No comments:
Post a Comment