Hari cuti sama saja bagi aku. Setiap hari adalah hari cuti dan setiap hari juga adalah hari bekerja. Setiap kali sebelum aku tidur dan selepas bangun pagi mestinya akan terdetik, macam mana dengan kerja penulisan aku. Ini lumrah ahli akademik. Kerja bukannya dari 8 pagi hingga 5 petang. Kerjanya setiap masa. Kalaupun kami berbual, kepala otak ligat memikirkan bagaimana nak meneruskan perenggan berikutnya.
Di peringkat master, ujian aku tidaklah sehebat PhD. Tapi setidak-tidaknya aku tahu beberapa persoalan penulisan. Bagaimana chapter seterusnya hendak diolah. Bagaimana penulisan aku mampu memuaskan hati penyelia. Macam-macam lagi.
Menulis blog juga mungkin nampak mudah. Nyatakan saja apa yang kau rasa. Luahkan saja isi hati yang terbuku. Tapi sebenarnya menulis dengan baik tidak mudah.
Menulis ini boleh mempengaruhi orang. Sebab itu menulis perlu dengan iman, ilmu, adab dan etika. Kalau menulis cuma dengan suka hati ia boleh datangkan hasil yang tidak baik. Orang akan megikut idealogi yang kita lemparkan. Sebab itu menulis itu bukannya mudah.
*Hasil tulisan aku bukanlah menarik pembaca sangat. Jauh lagi dari mempengaruhi orang.
Sama la dengan aku. Bangun pagi jer ingat thesis. hidup sebagai ahli akademik. 24/7 thesis di kepala. btw, keep on writing. rajin jugak kau update belog. hehe...
ReplyDelete