Friday, June 3, 2011

Perihal Taman Lagi

Hari ni aku nak kongsi cerita pasal kemampanan dan taman. Ye, taman. Macam Taman Tasik Perdana tu.

Untuk mulakan, biar aku cerita dari pandangan luas. Kenapa di tengah-tengah hutan batu, pencakar langit, tiba-tiba boleh ada sedikit pecahan kawasan hijau yang diurus dengan baik dan tertib? Macam Taman Tasik Perdana tu lah. Contoh lain Tugu Negara, Taman Rama-Rama, Taman Burung, Taman Tasik Permaisuri, Taman Tasik Shah Alam. Itu di sekitar ibuka Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak dan Shah Alam.

Bukankah antara tujuan utama pembangunan bandar-bandar ini untuk menjana ekonomi negara, yang mana bandar-bandar ni memusatkan hampir keseluruhan aktiviti perniagaan besar mahupun kecil, berkelompok ataupun persendirian, halal mahupun haram (oppsss).

Jadi baiklah dioptimakan ruang yang ada untuk kegiatan ekonomi. Kan lojiknya gitu.

Tapi kita kene ingat, yang menggerakkan aktiviti ekonomi tu adalah manusia - sumber tenaga kerja. Manusia perlukan kesihatan, kekuatan, kemampuan dan daya tahan mental fizikal untuk sehari-harian menjalankan pelbagai kerja ekonomi.

Untuk memastikan manusia sihat dan berkemampuan mental fizikal, manusia perlukan masa rehat. Penat badan boleh dihilangkan dengan tidur, bersandar, dan segala macam lagi. Tapi penat minda, manusia perlukan medium yang memerlukan ketenangan.

Al-Quran adalah salah satu medium yang boleh memberi ketenangan. Medium lain yang sesuai adalah taman.

Secara spiritualnya, Al-Quran ada menyebut antara ganjaran orang-orang beriman adalah ditempatkan di dalam taman-taman yang berdekatan dengan mata air (Al-Hijr; 45-48). Kalau cuba difahamkan secara kasar, orang yang masuk ke syurga pastilah orang yang menerima ganjaran kerana kebaikannya. Ganjaran berada di taman-taman seperti digambarkan syurga pastilah menandakan taman-taman syurga itu sesuatu tempat yang menarik, indah, lagi mendamaikan hingga tak dapat kita bayangkan kerana kuasa Allah.

Saintifiknya pula, manusia menemui bukti yang keperluan taman tidak dapat dinafikan mampu membantu mandamaikan psikologi dan fisiologi manusia (The Role of Urban Parks for Sustainable City; Anna Chiesura).

Dalam kesibukan harian, manusia mesti akan luangkan sedikit masa pergi ke kawasan-kawasan seperti ini. Untuk membantu mindanya terus positif, dan fizikalnya kembali energatif. Apabila kedua-dua elemen itu pulih, manusia sebagai sumber penggerak ekonomi akan mampu kembali ke medan bekerja dengan lebih bersemangat.

Jadi apa perkaitannya dengan kemampanan? Sebelum itu, kalau nak dapatkan lebih penjelasan tentang kebaikan taman kepada psikologi manusia, klik sini.

Nanti aku sambung.

No comments:

Post a Comment